matsamankati - [...] Aku tak pernah tengok janda Mat Ezam ni, sebab aku kenal Mat Ezam selepas dia bercerai dengan isterinya. Masa tu, dia kahwin dengan anak saudara aku, tahun 99. Abang aku kawin dengan sorang perempuan Cindian, mak Cina bapa India. Bila abang aku dapat anak, tak tau nak bubuh nama apa. Nak sedapkan hati semua pihak, dia bubuh nama, Pauline Khairunissa Raj. Fair and square. Sapa pun tak kecil hati.
Tapi perkahwinan tu tak lama. “Susah ,Yob! Pagi nasi lemak, tengahari tosai, malam Char Kuey Teow, perut selalu meragam!” rungut Mat Ezam.
Bapak Chom Bee ni ‘money changer ‘ kat lebuh Chulia. Depan Restoran Kapitan. Dah puluh tahun depa duduk kat situ. Sebelah kedai depa ada satu masjid, Masjid Nagore Shariff, sempena nama Tok dia. Bila Mat Ezam dapat tahu bapak Chom Bee dah balik keChennai, Mat Ezam rasa dia ada chance nak rujuk balik. Apatahlagi, semua bisnis orang tua tu dah pass kepada Combi. Meleleh la air liur Mat Ezam... selanjutnya.
May 31, 2008
Walimatulurus: Mat Ezam & Ummi Mariammah Nagore Omar
Labels: Matsamankati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment