KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 31, 2008

Akibat Layanan adil FRU ... ini yang berlaku.

cheras mahkota fru assault on car sequence 280508Kalau memukul seorang individu beramai ramai dan menyebabkan mangsa berlumuruhan darah .... itu perkara biasa. Kalau mereka yang dipukul di bawa ke ICU .... itu pun perkara biasa. Polis kata, layanan mereka adalah secara adil. Mungkin polis anggap mereka mereka ini yang tidak adil.

Polis nafi guna kekerasan
MStar - Polis sekali lagi menegaskan bahawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tidak menggunakan kekerasan semasa tunjuk perasaan penduduk di Bandar Mahkota Cheras Selasa lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar berkata, dakwaan tersebut tidak berasas.

"Kita menerima banyak panggilan dari padapelbagai pihak untuk meminta kita menyiasat kejadian tersebut dan kita sedang menyiasatnya secara terperinci.

"Tetapi saya tegaskan anggota FRU yang ditempatkan di situ mengikut prosedur. Jika sekiranya saya dapati ada anggota yang menyalahgunakan kuasa, mereka akan menghadapi tindakan. Kita akan melayani setiap orang secara adil," katanya kepada pemberita.

Beliau diminta mengulas tentang desakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) supaya disiasat kejadian di mana seorang mangsa Chang Jiun Haur, 21, didakwa telah dipukul oleh beberapa anggota FRU.... selanjutnya.
dan ini berita selepas kejadian di lokasi kejadian di sana dengan kaedah LAYANAN ALA-ADIL DARI POLIS yang disiarkan di dalam Malaysia kini ....

Bagaimanapun, apa yang berlaku, Chang Jiun Haur berlumuran darah selepas dibelasah oleh 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan cota dan ditendang.

Chang, 21, bersama adik perempuannya dan dua lagi rakan lelaki, sedang memandu keluar dari tapak benteng tersebut pada kira-kira jam 11.30 malam, apabila kereta yang mereka naiki dikepung oleh anggota polis yang sebelum ini, Seterusnya ....
Kalau kita masih ingat ... ini lagi bukti layanan adil polis kepada rakyat ketika perhimpunan 100 Ribu Bersih di Kuala Lumpur tahun lepas .....
"Saya merayu supaya mereka jangan angkat saya kerana kaki saya patah. Tetapi mereka dengan kasar mengangkat dan menyepak lutut saya. Saya merayu tetapi mereka memaki saya dengan kata-kata kesat. Mereka tolak saya sehingga melanggar tangga trak polis. Saya merayu agar mereka angkat saya tapi mereka enggan dan saya naik sendiri dengan bantuan tahanan lain. Saya dibawa ke IPK Kuala Lumpur dan kemudian Ambulans St John bawa saya ke Hospital Kuala Lumpur. Saya patah kaki, tempurung lutut pecah dan sedang menunggu pembedahan." - seterusnya dppkt.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive