KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 31, 2008

Kerajaan tak jaga Pulau Pisang?

Pulau Pisang transit seludup manusia?
utusmeloya - Kerajaan disaran mendirikan sebuah pangkalan polis marin di Pulau Pisang bagi membanteras kegiatan penyeludupan masuk rakyat asing dan barangan dari negara jiran yang didakwa kerap berlaku di pulau itu.

Ini kerana pulau yang terletak hanya sejam perjalanan menggunakan bot nelayan dari tanah besar itu didakwa telah dijadikan transit oleh sindiket penyeludupan manusia dan barangan sejak 10 tahun.

Utusan Malaysia difahamkan, kebiasaannya kegiatan itu dilakukan ketika ketiadaan bot peronda penguat kuasa di kawasan pulau berkenaan terutama waktu malam.

Seorang nelayan, Zulaizat Md. Ali, 47, berkata, beliau telah beberapa kali ternampak sekumpulan rakyat asing sedang berteduh di Pulau Pisang ketika ketiadaan bot peronda.

"Mereka berada di situ untuk tempoh beberapa hari sebelum menuju ke Pontian, Batu Pahat atau Muar," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, nelayan tidak berani melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa kerana bimbang akan keselamatan ketika menangkap ikan.... selanjutnya.

No2umnO - Ramai rakyat tak tahu bahawa selama ini pulau pulau di biarkan sepi tanpa kawalan. Bila dah diambil orang, baru bak kecoh. Selepas cerita batu puteh bermula pada 30 tahun yang dulu, sehingga sekarang, tiada sebarang tindakan berjaga jaga terhadap pulau pulau yang mungkin berhadapan dengan nasib yang sama. Nasib Pualu Pisang antara salah satunya. Masih tak sedar agaknya kerajaan ni?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive