Inpens yang 'sesak' nafas kerana pelbagai masalah di Kampus Pulau Indah mendapat durian runtuh apabila diarahkan berpindah ke Kuala Selangor. Presidennya Dato' Mydin dan CEO nya 'Dr' Aziz yang kedua-duanya ’Nana Tanjung’ bermain mata dengan orang-orang besar di SUK, bergegas ke Kuala Selangor bukan sahaja membawa imej koperat malah politik dengan pengakuan “Saya orang Pak Lah! Saya sedang membawa dana Kementerian Kewangan 5 juta untuk Inpens”di hadapan staf IKYS. Kecut perut staf marhain IKYS!
Bagaimana Inpens yang banyak hutang dengan Yayasan Selangor boleh ’telan’ IKYS? Lebih ’tegang’ lagi apabila budaya pelajar Inpens membawa imej ’International’ ke Kuala Selangor yang sebelumnya aman tenteram dan agak kekampungan kerana biasanya pelajar IKYS adalah lelaki disamping penekanan saksiah keagamaan sepanjang berkursus di IKYS.
Staf IKYS naik pusing kepala kerana keputusan yang dicatatkan pada kertas minit berbeza dari segi perlaksanaanya. Akibatnya ada ’kaduk dah naik junjung’ yang memanipulasi pengurusan ’lembam’ ibu pejabat Yayasan Selangor.
Sejak pemerintahan BN lagi sudah diberitakan IKYS dipindahkan ke Pusat Pertumbuhan Desa di Bagan Terap dengan projek pengubahsuaian lebih kurang RM7.2 juta yang diuruskan oleh kroni bekas MB melalui Yayasan Selangor .... ... selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment