Kiriman: Mat Chokia
http://desakerayongindah.blogspot.com
Kerajaan baru pimpinan YAB Menteri Besar TS Khalid 5 May 2008 menghadapi ujian pertama apabila berlangsungnya PraBicara di Mahkamah Tinggi 1 (Sivil), Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Sejumlah 259 orang pembeli rumah Desa Kerayong Indah Mukim Jeram, kuala Selangor yang telah terbengkalai sejak beberapa tahun lalu telah menyaman Kerajaan Negeri Selangor bersama Kontraktor Bumi Circle di atas kegagalan mereka menunaikan janji untuk menyiapkan unit-unit rumah seperti yang dijanjikan di dalam Surat Tawaran Pemilikan Tanah dan Rumah seawal 1999 yang lalu.
Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah sejak 24 April 2007 yang lalu (semasa kepimpinan DS Khir Toyo), menuntut Kerajaan Negeri Selangor dan Kontraktor mengembalikan segala kerugian mereka selama ini. Kepimpinan terdahulu ternyata telah gagal membantu rakyat mereka untuk menyediakan sebuah kediaman yang sempurna seperti yang dijanjikan sehingga memaksa pembeli memfailkan tuntutan saman di mahkamah.
DS Khir Toyo, langsung tidak berbuat apa-apa sepanjang era kekuasaannya demi untuk membantu rakyat sendiri, malahan EXCOnya juga Dato' Mokhtar Dahlan gagal memainkan peranan sebagai EXCO rakyat sehingga beliau tidak dicalonkan di dalam PRU-12 yang lalu. Apa yang menyedihkan 100% pembeli rumah terbengkalai ini adalah Melayu.
Kini tiba pula giliran pimpinan YAB TS Khalid samada untuk membantu rakyat yang setiap hari menanggung kesusahan akibat daripada belenggu ansuran pinjaman bank sehingga mencecah RM1,200 sebulan. Malahan ada yang disenarai-hitamkan dan disaman oleh pihak bank. Mana nak bayar ansuran bank, mana nak bayar sewa rumah? Tambahan pula dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan ramai pembeli yang semakin terhimpit.
Apa yang diharapkan adalah penyelesaian terbaik demi untuk membantu rakyat jelata.
MATI KATAK
42 minutes ago
1 comments:
a'salam wak !
aisehman wak .. lu punya admin sumer tak tahan dugaan la wak. sikit2 diorang ban sama gua.
tak kool la macam ni.
mana pi kebebasan bersuara?
camni RPK pon marah sama blog wak taw ... hiks
;)
yg ikhlas mengkritik,
Yes2U
Post a Comment