Apa yang tak kena dengan berita berikut? .... kaji teliti,
Konstabel dituduh rogol pelajar di balai polisKalau korang tak tau ... biar lah aku yang beritahu. Ceritanya lebih kurang sama. Cuma mangsanya adalah orang biasa dan yang tertuduh adalah anggota polis. Bezanya adalah tiada cerita cerita tentang DNA disebut. Atau adakah kalau mahu terkecuali dari diambil DNA, kita kena jadi polis? Kalau polis bersungguh sungguh untuk mendapatkan DNA DS Anwar, sedangkan ada mangsa, kenapa Polis yang dituduh di dalam kes ini, tidak perlu DNA tetapi cukup sekadar saksi. Atau kita tak diberitahu akan proses pengambilan DNA polis berkenaan di dalam berita ini? Korang pikir lah sendiri ......
Seorang konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya hari ini terhadap tuduhan merogol seorang pelajar perempuan di Balai Polis Putra Heights, kira-kira sebulan lalu.
Jamil Abdul Sah, 27, didakwa merogol gadis berusia 17 tahun itu di bilik maklumat, balai berkenaan antara jam 6 dan 7 pagi, 18 Jun 2008.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan juga disebat.
Jamil juga mengaku tidak bersalah, di tempat dan masa yang sama, atas pertuduhan meminta mangsa melakukan seks di luar tabii, demikian menurut Bernama. - Malaysiakini
1 comments:
jumpa....masa antara 6 dan 7 pagi...
Post a Comment