KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 19, 2008

Ke kanan untung, ke kiri tak rugi

Lapuran malaysiakini,

"Kita perlu mengurangkan penggantungan kepada penggunaan petrol dan diesel dan mencari alternatif baru," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang tadi.

abdullah taxi 180708Hidrofuel yang berharga RM1,300 setiap satu, adalah teknologi penjimatan bahan bakar alternatif yang berasaskan air, melibatkan separa kacukan semi-hybrid petroleum dan hidrogen.

Buat permulaannya, teknologi yang dibangunan oleh sebuah syarikat bumiputera, akan digunakan oleh 100 teksi dari pertubuhan pemandu dan pengusaha teksi, limosin, dan kereta sewa Malaysia.

Sementara itu, perdana menteri berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan lagi tahun ini.

"Keputusan saya menaikkan harga minyak sehingga RM2.70 menyebabkan orang marah dan memaki hamun terhadap saya," tambahnya.

Bagaimanapun, katanya, kenaikan harga minyak itu menyebabkan penggunaan pengangkutan semakin mendapat sambutan.100 bas mula guna

"Oleh kerana itu, kerajaan telah mengambil langkah membeli 100 bas RapidPenang. - Malaysiakini
Cukup menarik untuk difikirkan. Aku petik beberapa potong ayatnya di dalam lapuran ini.
- RM100 juta untuk memberi pinjaman kepada pengusaha pengangkutan awam.
- Kita perlu mengurangkan penggantungan kepada penggunaan petrol dan diesel dan mencari alternatif baru.
- Kenaikan harga minyak itu menyebabkan penggunaan pengangkutan semakin mendapat sambutan.
- Oleh kerana itu, kerajaan telah mengambil langkah membeli 100 bas RapidPenang
Yang untung dengan kenaikan harga minyak ini adalah pengeluar enjin dan Rapid KL. Siapa dibelakang Rapid KL dan mungkin kah ada sebarang campur tangan di dalam pengeluaran alat penjimatan? Berita tentang alat baru ini sudah di ketahui selang seminggu selepas harga minyak naik. Info sudah bocor terlebih awal. Tapi .... aku antara rakyat yang terus TERkena dengan tindakan membabi buta ini. Siapa kata Pak Lah bodoh? Akhirnya Pak Lah dan keluarga, Ke kanan untung, kekiri tak rugi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive