bernama | Seorang anggota polis mahkamah yang bertugas mengiringi tiga tertuduh kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat tiba-tiba pengsan sebelum disahkan meninggal dunia.
Lans Koperal Othman Abdul Rahman, 47, dikatakan sesak nafas dan pengsan di hadapan pintu kamar mahkamah sejurus Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak Abdullah Baginda memasuki mahkamah kira-kira pukul 9.05 pagi ini.
Beliau yang dipercayai menghidap penyakit jantung dan kencing manis dikatakan keletihan setelah memanjat tangga hingga ke tingkat empat sebelum rebah.
Kejadian itu yang berlaku sebelum mahkamah memulakan prosiding, mengejutkan mereka yang berada di situ.
Seorang anggota polis cuba memberikan bantuan pernafasan CPR, sebelum mengusung mangsa dengan bantuan lima anggota polis dan seorang awam ke ambulans.... selanjutnya.
CINA DAP BANTU MELAYU KELANTAN YANG MEREMOAT DI PENANG
15 minutes ago
1 comments:
Ya Allah ya tuhanku. Engkau telah menunjukkan kuasa engkau dihadapan orang ramai termasuk Pak Hakim.
Post a Comment