zul4kulim | ...Sebenarnya saya secara peribadi tidak bersetuju dengan sumpah bersumpah ni. Ini adalah amalan yang tidak sabit dari syariat Islam ataupun sunnah Nabi. Saya agak terkejut SS Mufti Perlis, yang juga sahabat saya mengemukakan cadangan tersbut. Tidak ada mana-mana hadis yang menunjukkan bersumpah ini amalan Nabi. Sebenarnya bersumpah dengan junjong kitab ini adalah amalan bukan Islam. Contohnya orang Kristian.
Didalam amalan Islam, sumpah ini adalah dalam bentuk bayyinah. Iaitu apabila seseorang dikenakan pertuduhan dalam Mahkamah Syariah dengan sesuatu tuduhan (saperti suami menuduh isteri berzina) maka menurut syariat iaitu usul fiqh bahawa beban bukti ke atas yang mendakwa..manakala bersumpah untuk yang kena tuduh. Ini adalah sebahagian daripada sistem keterangan dalam syariat Islam.
Contohnya apabila seorang isteri dituduh berzina oleh suaminya dan dia tiada saksi untuk membela diri..maka dia boleh bersumpah isti'azah menafikannya; yg jika dia bersumpah maka Mahkamah akan meminta suaminya turut bersumpah. Sekiranya suaminya bersumpah menegakkan dakwaannya, maka Mahkamah akan neutralise kes. Si isteri akam dibebaskan dari tuduhan zina dan suami akan dibebaskan dari tuduhan qazaf (menuduh tanpa saksi). Tetapi kalau suami enggan bersumpah, maka isteri itu akan dibebaskan tetapi suami mungkin dikenakan tuduhan qazaf....selanjutnya.
Jul 5, 2008
Sumpah !!!
Labels: zul4kulim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
sedikit nota untuk YB :
Ayat al-Mubahalah
firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.” [‘Ali Imran 3:61]
Macam zaman budak budak pulak... betul aku sumpah tak buat! Tapi yang hairan hanya kes liwat Anwar Mufti Perlis, Sang Putera UMNO inginkan ditentu dengan bersumpah. Apa kata kawan kawan Putera UMNO, kita jemput sekali Najib, Razak, Rosmah, Musa Hassan, Gani Patail, Rashid SPR, J Jarjis, Khairy, Pak Lah... dah dapatkan akuan bersumpah mereka di Masjid terhadap pelbagai tuduhan yang telah dilemparkan. SETUJU!
Betul tu.Yg tersebut nama dlm kes altantuya pun kena bersumpah temasuk keri.Rakyat pun nak tahu siapa yg bercakap bohong dan benar.
nak berhukum rujuk quran,laksanakan perintah ALLAH menurut apa yang telah di catit dlm quran,yang pelik sekarang berhukum dengan memegang kitab alquran,apa bendalah tu!.ajaran agama baru lagi ke!.aku sek agama setakat darjah 6 negeri johor.kalulah salah semuga ALLAH mengampunkan keceluparan aku
Post a Comment