mpkapar |
Pekerja Haram dan Penyogokan di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh
Saya ABU BAKAR BIN CK MOHAMED, No. K/P 480426-02-5375 beralamat di 35 Pintas Tenggiri Dua, 13700 Perai, Pulau Pinang membuat laporan bahawa calon Barisan Nasional (BN), Arif Shah telah membuat perakuan secara terbuka membayar wang ‘upah risikan’ kepada penduduk tempatan bagi membantu beliau di dalam kempen pilihanraya. Arif Shah telah memuat pengakuan tersebut di dalam akhbar Sin Chew bertarikh 22 Ogos, 2008 yang mana saya sertakan disini sebagai rujukan.
Membayar upah pekerja pilihanraya selain daripada yang dibenarkan oleh Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 terutama sekali Seksyen 21 Akta tersebut yang dengan jelas melarang membayar seseorang bagi tujuan memancing undi. Perbuatan tersebut juga terjumlah kepada kesalahan penyogokan seperti yang dilarang di bawah Seksen 10 Akta yang sama boleh menyebabkan kelayakan calon BN bertanding dilucutkan.
Saya selaku pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh membuat laporan ini agar sesuatu siasatan dibuat dengan kadar segera bagi menjamin integriti Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.
Aug 24, 2008
Arif bayar untuk risik
Labels: Permatang Pauh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment