KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 24, 2008

Najib Amal Ajaran Hindu?

Najib Mengamalkan Ajaran Hinduperakexpress |

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersumpah diMasjid Jamek Guar Perahu, didalam Parlimen Permatang Pauh, pada hari Jumaat lepas mengatakan beliau tidak tahu menahu ataupun mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu yang dibunuh diPuncak alam, Selangor pada tahun 2006. Najib memberitahu bahawa beliau bersumpah walaupun ianya bukanlah satu sumpah rasmi menggunakan Quran.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya bersumpah bahawa saya tidak tahu dan tiada hubungan dengan wanita Mongolia. Saya tidak tahu kalau orang lain mahu bersumpah atau tidak tapi saya tahu saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ini diantara saya dengan Tuhan” kata beliau (Bernama, 23 Ogos 2008)

Pada hari yang sama, Thagarajoo a/l Thangavellu juga bersumpah, melalui Akuan Bersumpah, bahawa Najib dan isterinya, walaupun dilahirkan sebagai muslim, mengamalkan ajaran Hindu. Apakah sumpah Najib ini, yang dilakukan secara ‘Islamik’, sah diterima?

Berikut adalah terjemahan surat Akuan Bersumpah Thagarajah a/l Thangavelu.

Saya, Thagarajah a/l Thangavelu (K/P: 590821-10-6033), seorang warganegara Malaysia yang dewasa dan menetap di No.20, Jalan BK 4/1F, Bandar Kinrara, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan dengan ini menyatakan dengan benar perkara-perkara berikut:-

1. Saya bekerja sebagai pemandu.
2. Sekitar tahun 1995, saya memulakan kerja dengan Datuk K.S Nallakaruppan (“Datuk Nalla”) sebagai pemandu merangkap pengawal peribadi. Saya bekerja dengan beliau selama 5 tahun. Kemudian saya menyertai Datuk Kenneth Eswaran. Datuk Kenneth Eswaran menetap di Johor dan saya menjadi pemandu untuk ibunya yang tinggal di Petaling Jaya. Kemudian saya bekerja sebagai pemandu untuk Datuk kenneth Eswaran.
3. Datuk Kenneth Eswaran adalah kawan rapat Datuk Seri Najib bin Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa ini.

... selanjutnya.


terjemahan artikel dari Malaysiatoday | Najib: Muslim by birth, Hindu by practice

4 comments:

Anonymous said...

bang, aku ni nak betulkan jer, bukan apa2. setahu aku lah...yang mana aku paham bahasa inggeris ni, di dalam SD tu takde pun kata dengan tepat najib ni amal ajaran hindu. yang aku paham, mamat yang selalu buat ritual itu is actually a hindu bomoh. so apa yang aku paham lah, najib ni guna khidmat bomoh hindu (mungkin power lagi kot daripada bomoh siam or sewaktu dgnnya). guna khidmat bomoh ni biasa lah (bukan bermakna aku setuju dengan cara depa tu), orang-orang melayu ramai yang "tak percaya" kuasa tuhan, nak kena minta tolong kuasa jin iblis lagi.

aku syorkan hang tukar ler tajuk hang tu. tak baik, sebab hang dah pun label seseorang tu bukan islam dengan tajuk sebegitu. kita orang islam ni ada etika tertinggi, jangan tuduh orang selagi tiada bukti kukuh. bersyubhah dalam menuduh pun sudah kira haram. itu sudah fitnah. aku nak selamatkan hang daripada termasuk golongan memfitnah, aku tak suka najib, tapi tak bermakna aku sanggup lihat orang islam fitnah dia tanpa bukti. aku nak selamatkan hang daripada dosa fitnah, itu saja. tuhan lebih adil dalam menghukum, kita hanya boleh menghukum sekiranya ada bukti dan sudah dibuktikan mengikut undang2.

TL

radenjowo said...

Sebenarnya artikel itu di petik dari Perakexpress. Kemungkinan mungkin beliau dah pikir. Gua cuma pendekkan ayar dari mengamalkan kepada amalkan. Tapi untuk merubah maksud tajuk .. gua tak berani. Diminta untuk tidak baca tajuk, tetapi isinya. Kemudian terjemahan dibuat melalui artikel Malaysia today, dimana tajuk dan maksud di dalam malaysia today sama. Cuma yang bermasalah adalah ... kita tak terima amalan Hindu, sedangkan bersanding kita boleh terima. Itu kena fikir. Namun terima kaseh saya ucapkan kerana memberikan komen. Cuma saya boleh tambah '?' disitu untuk berlaku sedikit adil. Ok tak?

Anonymous said...

bro, hang buatlah. aku cuma nak bagitau takut jadi fitnah. naya hang karang. pokoknya etika islam dalam melaporkan adalah lebih tinggi martabat daripada mana2 etika "kewartawanan". memang benar MELAYU kini sudah campur adukkan amalan hindu dengan amalan Islam. yang hindu dikatakan adab Islam. semua timbul daripada bab kurang ilmu islam.

selamat. salam.

TL

helo. said...

assalamualaikum. sanding tu bukan amalan rasenye, lebih kpd adat. mmg zaman dulu terlalu terikut2 adat seperti merenjis, baling beras kunyit dn sbgnya. tapi masyarakat semakin maju n berilmu, adat2 tu dah tak diteruskan. kalo ade pun, sekadar adat. tkde ape2 kepercayaan, insya Allah.

tapi kalau dah masok bab bomoh ni.even if bomoh tu beragama islam, jika digunakan untuk tejuan kuburukan n tak berlandaskan hukum2 syarak, dh kira syirik, kalo tak silap. so, renung2kan lah.

wallahualam.

Posting terkini

Blog Archive