Hingga ke hari ini sudah banyak sumpah yang UMNO dah buat. Dulu .... sumpah Saiful yang kononnya bukan ada unsur politik. Tapi ketika sumpah di angkat, kelihatan kru video yang diupah berlegar di masjid. Tujuannya tak lain, untuk ambil video dan akan diedarkan pada rakyat Permatang pauh.
Itu Saiful punya kelentong, dan selepas itu, Najib pula bersumpah. Wallahi, Wabillahi, Watallahi ... dia mengaku tak kenal Altantuya.
Dengan pembuka kata yang serupa, Tajol Rosli pula bersumpah mengaku tidak terlibat dengan konspirasi menahan 2 EXCO Perak.
Maka, beberapa minggu ini, Malaysia di penuhi dengan sumpah. Laknat sampai kiamat. Hebat .....
Orang Islam luar negara, naik pelik dengan perangai pemimpin UMNO yang asyik dengan sumpah, menggunakan nama Allah sewenang wenangnya.
Bila dah semua bersumpah .. .maka ada lah suara suara sumbang dari UMNO yang mahukan Anwar turut turut bersumpah. Kalau sumpah Anwar boleh melepaskan dari semua pertuduhan .... aku sendiri akan jumpa DS Anwar dan suruh dia bersumpah.
Masalahnya .. .sama seperti yang pernah Anwar ucapkan, bersumpah tidak akan selesaikan masalah. Ini semua perangkap untuk memaksa Anwar mengikut rentak permainan UMNO. Selepas bersumpah, mereka akan heret Anwar untuk buat perkara lain termasuk ke mahkamah dan sebagainya. Ini semua akan hanya berakhir selepas Anwar di hadapkan ke mahkamah. Kalau keputusannya itu A, maka A lah dia dan kalau B, maka B lah dia.
Pagi ini aku sempat pergi ke sebuah kedai untuk membeli cempedak goreng. DIsebabkan aku keluar lewat, maka sarapan sudah habis di jual. Mengenangkan waktu menunjukkan jam 10 pagi maka aku cari makanan ringan ringan sementara menanti juadah makan tengahari.
Berbual dengan makcik yang kepakarannya hanya menggoreng cempedak. Sementara menanti cempedak digoreng, makcik cempedak mengajak aku berbicara tentang politik tanah air. Ingatkan makcik tidak gemar politik, tapi dia tahu banyak perkara. Isu sumpah tajuknya.
Panjang cerita nya ... tapi yang penting, satu soalan dari tukang goreng cempedak, katanya, "Kenapa asyik bersumpah, kenapa tidak saman?"
"Sekarang ni orang suka main saman saman." Sambungnya, "Duit dapat, kalau menang, maruah terpelihara. Kalau setakat sumpah sumpah dan minggu depan kena masuk mahkamah lagi. Tak ke buang masa?"
"Kenapa Najib tak saman?", katanya lagi.
"Kalau Najib benar benar berani ... beri peluang Mahkamah panggil dia. Bersoal jawab di mahkamah. Kita tengok betul atau salah. Sedangkan di dalam kes Altantuya ... Hakim tak benarkan babitkan Najib. Isu tu di tutup."
Siap cempedak goreng .. aku pun bayar dan pergi ... Dalam kepala, "Boleh tahan jugak makcik tu"
Aug 24, 2008
Kalau Najib berani ...... saman la
Labels: Altantuya, Belit Najib, Radenjowo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment