malaysiakini |
Penduduk Kampung Kepala Bukit di Permatang Pasir, Ishak Yaakub berkata, orang kampung memang tidak percaya dakwaan Anwar liwat kerana sudah tahu budi perangainya.
"Buatlah tuduhan sebanyak manapun kami tidak percaya, orang Permatang Pauh sudah matang. Semakin banyak isu ini diperkata, rakyat semakin meluat.
"Isu ini tidak akan mempengaruhi pengundi di sini. Anwar adalah pemimpin rakyat dan kerana itu kami semua menyokong beliau," katanya ketika ditemui hari ini.
Sementara penduduk Kampung Pelek, Sheikh Hamzah Sheikh Radzi berkata, orang tidak lagi percaya kepada BN menyebabkan apa yang mereka buat orang tidak suka.
Beliau juga berkata, tindakan menurunkan harga minyak sekarang adalah untuk kepentingan politik kerajaan.
"Ini adalah gula-gula politik sahaja untuk mendapat sokongan pengundi Permatang Pauh," katanya.... selanjutnya.
Aug 24, 2008
'Penduduk tidak percaya Anwar liwat'
Labels: Permatang Pauh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment