KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 21, 2008

Cerita Dalam Sebuah Kelas

msomelayu | ....Menjadi rutin bulanan cikgu muda ini akan menggunakan akhbar sebagai alat pembelajaran sabagai selingan dan mempelbagaikan bentuk pembelajaran. Kebetulan hari ini berita mengenai kenyataan seorang yang dibabitkan membunuh wanita asing disiarkan di muka depan. Berita yang disiarkan secara meluas itulah dijadikan topi pembelajaran.

"Murid-murid sudah baca akhabr ini?" tanya cikgu itu sambil mengangkat tinggi-tinggi akhbar berkenaan.

"Tidakkk......! jawab murid-murid serentak. Ada yang menggeleng kepala sambil mata merenung ke arah surat khabar yang sedang dibelek-belek cikgu muda itu.

"Di sini.... dalam akhbar ini ada cerita menarik, iaini kenyataan oleh seorang yang baru dibebaskan oleh mahkamah daripada bersubahat membunuh seorang perempuan beranak satu. Kisah ini berlaku nun jauh di ibu kota negara kita. Cikgu ada beberapa perkara dan persoalan yang hendak dikongsikan dengan kamu semua," kata cikgu itu bersedia untuk mengemukakan persoalan. Beliau mahu menguji sejauh mana kepekaan dan kebijaksanaan anak-anak murid tersayangnya itu.

"Pertama, si tertuduh itu menafikan bahawa ada seseorang yang dikaitkan dengan wanita yang dibunuh kejam itu mengenali wanita asing itu. Apakah kamu percaya atau tidak?"

"Tidakkk...!" jawaban murid serentak seolah mereka sudah mengetahui latar belakang berhubung cerita itu. "Kami tidak percaya!" tambah mereka dengan lebih tegas dan jelas lagi.

"Kedua, kata tertuduh yang dibebaskan itu, sejak dibebaskan dia tidak pun berhubung dengan seorang yang turut dikaitan dengan pembunuhan wanita itu, baik menerusi telefon atau SMS, kamu percaya atau tidak?" tanya cikgu itu.

"Tidakkkk...," jawab semua 30 orang murid itu seakan sebelum habis cikgu itu membaca soalan itu mereka ramai-ramai sudah menjawab.... more.
Wakakakakak ... best citer ni.
Berikut adalah pengalaman aku sendiri. Nak tau ... aku tak pernah libat kan anak dengan politik. Dan tak pernah cerita tentang politik dengan anak anak sebab aku nak anak aku tumpu pada pelajaran. Aku anggap politik ni macam citer lucah. Takut budak terpengaruh dan pening kan kepala. Sedangkan diorang ni otak muda yang perlu di isi dengan cerita baik baik dan pelajaran secukupnya. Tapi .....

Suatu malam ketika berita di TV ..... terpampang wajah seorang pemimpin negara. Anak aku yang darjah 3 berkata ... "Bah ini orang yang bunuh orang tu .... ye ke bah", katanya. Aku terkejut dan tanya "Mana dapat tahu?". Dia kata ... "kawan kawan cakap !!!"

Aku ketawa besar ... hebat hebat budak sekarang. Kerana ini lah maka ada yang tak senang duduk sekarang. Kalaulah tersemai dalam fikiran kanak kanak sekolah rendah dan mereka boleh labelkan seseorang pemimpin sebegitu, maka .. pening jadinya. Wakakakakak ....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive