Apa perbezaan antara keempat-empat muka hadapan Sinar Harian ini?
Mudah sahaja. Kecuali muka hadapan semalam yang bertajuk "Tambang bas tetap naik", hampir setiap hari Sinar Harian memaparkan berita politik di muka hadapannya.
Tetapi tidak semalam. Akhbar tersebut memaparkan isu tambang bas di muka hadapannya.
Apa yang berlaku? Ada desas-desus mengatakan akhbar tersebut telah menerima amaran dari Kementerian Dalam Negeri mengenai kandungan berita muka hadapan akhbar tersebut yang lebih menyebelahi pembangkang.
Untuk menyelamatkan akhbar tersebut, khabarnya, pengurusan Sinar Harian mengambil keputusan memberhentikan amalan menyiarkan berita politik di muka hadapannya.
Tuanpunya Sinar Harian, Hishamuddin Yaacub, pasti terkenang nasib akhbarnya dahulu Watan yang diharamkan oleh Kerajaan pada tahun 1987 semasa operasi lalang. Turut digantung ialah akhbar The Star dan Sin Chew Jit Poh ....... selanjutnya.
3 comments:
biasa ....
Itulah nasib akhbar dinegara yang dikatakan mengamalkan konsep bebas bersuara!
Ehem.. perli nampak .sian kat abang zahid ham....
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa yang dapat menunaikan sembahyang Jumaat, maka baginya di sisi Allah pahala seratus orang yang mati syahid. Dan barang siapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya.”
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli.” (Al-Jumaah: 9)
Jangan ada yang bodoh tak paham pentingnya Solat Jumaat
Post a Comment