malaysiakini | ....Beliau kemudiannya dibebaskan dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis Petaling Jaya, Isnin depan.
Polis memulangkan rakaman tersebut bersama kamera itu kepada Malaysiakini Selasa lepas.
Selepas semakan rakaman 36 minit tersebut, sejumlah tiga minit dan 42 saat gambar daripada perhimpunan tersebut "telah hilang" di dua bahagian.
Potongan pertama berlaku pada masa rakaman di minit ke-10 dan 54 saat, sewaktu Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengarahkan peserta perhimpunan tersebut bersurai, yang digantikan dengan satu rakaman baru.
Rakaman baru itu kedengaran dibuat oleh seorang penumpang dari sebuah kenderaan polis.
Rakaman yang diubah terjadi pada minit ke-14 dan 40 saat, apabila gambar sekumpulan anggota polis pencegah rusuhan, digantikan dengan rakaman kira-kira enam saat sebuah almari pakaian.... more.
ISU PMX KONONNYA SOKONG ISRAEL.
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment