KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 21, 2008

Penulis blog Kickdefella disambung jaminan polis kali kedua

MStar | Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang ditahan mengikut Akta Hasutan, disambung sebulan lagi jaminan polis terhadapnya hingga penghujung tahun ini.

Beliau sebelum ini pernah membuat cadangan di laman blognya supaya bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.

Lanjutan jaminan polis itu adalah yang kedua selepas beliau dibebaskan pada 20 September lalu.

Syed Azidi, 38, dimaklumkan mengenai perkara tersebut setelah hadir di Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi bagi mendapatkan perkembangan terbaru tindakan polis terhadapnya.

"Saya hadir hari ini bagi mendapatkan perkembangan mengenai kes saya, bagaimanapun pegawai penyiasat yang menguruskan kes saya sebelum ini telah ditukarkan.

"Jadi tadi pegawai penyiasat DSP Mahfuz Abdul Majid memaklumkan bahawa jaminan terhadap saya disambung sebulan lagi," katanya ketika menghubungi mStar Online.... more.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive