KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 29, 2008

BN SAMSENG DI REMBAU

PKR dakwa BN guna taktik samseng
malaysiakini.com
Syed Jaymal Zahiid | Feb 29, 08 7:37pm

rembau nomination khairy 240208 pkr candidateAhli-ahli PKR di Rembau menuduh Barisan Nasional (BN) menggunakan 'taktik samseng' untuk memenangi kerusi parlimen tersebut dalam pilihanraya umum kali ini.

Calon PKR bagi parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendakwa, poster kempen partinya telah dikoyak manakala di Rantau pula, penyokong BN bertindak agresif menghalang penyokongnya menaikkan poster kempen.

Ekoran itu, wakil dan penyokong Badrul telah membuat laporan polis pagi tadi di ibupejabat polis daerah Rembau.

“Penyokong BN mahu menghalau penyokong kami dan cuba menghalang mereka daripada memasang poster. Mereka mendakwa, PKR tidak dikehendaki di Rembau dan kawasan tersebut memang selama ini milik BN," dakwa Badrul.

rembau nomination khairy 240208 khairyPertandingan di kerusi parlimen Rembau menjadi tumpuan ramai kerana ia membabitkan calon BN, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang juga merupakan menantu perdana menteri.

Dalam pilihanraya umum yang lalu, calon BN, Firdaus Muhammad Rom Harun menang dengan majoriti 18,656 undi, menewaskan calon PAS, yang juga merupakan ketua penyelidik parti tersebut, Dr Dzulkefli Ahmad.

Bagi Khairy, atau lebih dikenali dengan panggilan KJ, ini adalah kali pertama beliau bertanding dalam pilihanraya umum. Parlimen Rembau mempunyai seramai 61,690 pengundi.

“Khairy terkenal semata-mata kerana hubungan kekeluargaan dengan Abdullah Ahmad Badawi. Inilah yang kita panggil politik kroni dan mendedahkan semua ini dalam risalah kami," katanya kepada Malaysiakini.

Skandal ECM Libra

khairy ecm libra 050806Menurut Badrul lagi, salah satu daripada banyak isu yang dibangkitkan dalam risalah tersebut ialah skandal penggabungan ECM Libra-Avenue yang membabitkan Khairy.

Penggabungan ECM Libra-Avenue menarik perhatian ramai apabila ianya diluluskan oleh Abdullah sejurus selepas Khairy membeli RM9.2 juta saham ECM Libra.

Ia mengundang kecaman hebat kerana Abdullah juga menyelia syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) dalam kapasitinya sebagai menteri kewangan.

Selepas itu, Khairy terpaksa menjual semua sahamnya dalam ECM Libra pada Ogos 2006.

“Kita masih tertanya-tanya bagaimana Khairy mendapatkan wang sebanyak itu untuk membeli saham tersebut? Perkara kedua ialah bagaimana sebuah syarikat kecil seperti ECM Libra boleh bergabung dengan syarikat besar seperti Avenue Capital,” tambah Badrul.

Badrul mendakwa, pendedahan tersebut telah menakutkan Khairy dan oleh itu bertindak menggunakan taktik samseng terhadap penyokong dan kempen PKR.

Walaupun begitu, , Badrul berkata, PKR telah mendapat sokongan yang baik daripada akar umbi di Rembau dan berikrar untuk meningkatkan lagi kempennya.

Rembau merupakan kawasa majoriti Melayu (68.9%), diikuti pengundi India (15.8%) dan Cina (15.2%).

Empat kerusi negeri di bawah parlimen Rembau - Paroi, Chembong, Rantau dan Kota - merupakan kubu kuat BN. Menteri Besar, Datuk Mohamad Hasan adalah penyandang kerusi Rantau dan bertanding mengekalkan kerusi tersebut, menentang calon PKR, Aisah Lamsah.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive