KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 29, 2008

CALON BN DISAMBUT ‘BARANG NAIK MARI DOH…’

Adnan Ibrahim
harakahdaily.net

KUALA TERENGGANU, 28 Feb (Hrkh) - Peniaga Pasar Borong Darul Iman di Gong Pauh, Wakaf Mempelam di sini berdailog secara spontan dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ismail, menyatakan sikap mereka menolak BN.

Kedatangan Razali yang bertanding di Parlimen Kuala Terengganu bersama calon BN, Othman Awang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Mempelam pada pukul 10.30 pagi disambut peniaga pasar dengan: “Barang naik mari doh…”

Pasar tersebut yang memuatkan penjual sayur, ikan, ayam, daging dan barangan keperluan serta runcit secara serentak menyambut kedatangan calon BN itu dengan kata-kata tersebut. Bunyinya cukup lantang seperti tempat pembangkang berdemontrasi.

“Barang naik mari doh… itu merujuk kepada slogan kempen PAS iaitu `Ingat BN, Ingat Barang Naik’.

Dalam masa yang sama Razali mungkin mahu menunjukkan gentleman sempat berbual dengan pengunjung pasar yang berbaju kuning berslogan `Bersih’.

Razali: “Cantik baju…”

Pengunjung pasar: “Memang doh saya orang bersih. Kita nak bersih… Makan minum mahu bersih.., pilihan raya pun mahu bersih!”

Beliau kemudiannya beredar ke bahagian jualan ikan dan bertemu salah seorang peniaga meminta menyokong BN pada pilihan raya umum ke 12 ini.

Peniaga ikan: “Kita orang PAS Dato’…”

Razali: “Boleh apa sokong PAS? PAS boleh beri apa…”

Peniaga ikan: “Ni, pasar ni PAS buat…”

Menurut tinjauan rambang, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Abdullah berkata masyarakat peniaga melahirkan kekecewaan mereka terhadap kerajaan BN dan mahukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS memerintah negara supaya harga barangan dapat dikawal.

“Peniaga bersungut keuntungan mereka semakin kecil berikutan harga yang dibekalkan pemborong sentiasa naik. Kerajaan pula tidak mampu bendong dan menyekat pemborong sebaliknya yang sering menjadi mangsa ialah peniaga kecil,” ujarnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive