KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 14, 2008

MBKT mengamuk, cabut bendera PAS

Abdul Aziz Mustafa
harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) - Seperti biasa, setiap kali pilihan raya diskriminasi agensi-agensi kerajaan terhadap parti-parti pembangkang bermaharajalela.

Menurut blogger Amdang 81 (amdang81.blogspot.com), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) "mengamuk dengan mencabut bendera PAS di Bulatan Batu Bersurat".

Bila ditanya mengapa bertindak demikian, MBKT memberi alasan bahawa PAS tidak bertanding di DUN Bandar, jadi tidak boleh dipasang bendera parti yang tidak bertanding.

"Alasan budak tadika dari Datuk Bawasir. Parlimen Kuala Terengganu akan diwakili oleh Mat Sabu dari PAS. DUN Bandar terletak dalam Parlimen Kuala Terengganu. Senyap dia," kata Amdang 81.

Menurut beliau, bila disoal mengapa bendera Umno boleh dipasang sedangkan Umno tidak bertanding satu kerusi pun di Malaysia ini, maka diberi alasan Umno parti berdaftar dan kompenan Barisan Nasional.

Beliau juga menceritakan tentang pesanan SMS yang diterimanya seawal jan 5.30 pagi.

SMS itu mendakwa, " "Datuk Che Mat Jusoh acu senapang kepada petugas PAS yang pasang bendera dekat jalan depan rumah dia tadi!"

Selepas itu, kata Amdang 81, beliau mendapat satu lagi mesej SMS yang mendakwa "Datuk Che Mat Jusoh mengamuk dan acu senapang kepada petugas PAS yang pasang bendera depan rumah dia. Tension la tu sebab tak leh jadi calon Batu Buruk".

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive