KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 14, 2008

POLIS TERUS JADI BARUA WALAUPUN DAH TAK DER PERDANA MENTERI

Permit Hindraf mahu berhimpun di Parlimen ditolak

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Polis menolak permohonan permit Pertubuhan Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang merancang untuk mengadakan perhimpunan di bangunan Parlimen Sabtu ini, 16hb Februari 2007.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sofian Md. Yassin berkata, tindakan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai perkara dengan isu keselamatan dan ketenteraman awam menjadi keutamaan.

Menurut beliau, keputusan itu dimaklumkan kepada wakil Hindraf yang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada pukul 10 pagi ini.

‘‘Walaupun permohonan bertarikh 31 Januari itu bertujuan untuk menyerahkan bunga kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetapi permitnya tidak dikeluarkan.

Tindakan

‘‘Ini kerana terdapat 18 tuntutan lain yang dikemukakan oleh pertubuhan itu menyebabkan permohonan mereka terpaksa ditolak,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ekoran itu, Ahmad Sofian memberi amaran jika arahan tersebut diingkari, mereka yang terlibat bakal dikenakan tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang di negara ini.

Beliau berkata, perhimpunan yang dirancang itu boleh mendatangkan kemudaratan apabila ia dipercayai akan diturut disertai oleh mereka yang ada kepentingan peribadi.

‘‘Saya menasihatkan orang ramai tidak terpedaya dan menyertai perhimpunan haram itu atau berada berhampiran kawasan Parlimen pada hari tersebut,’’ jelasnya.

Beliau berkata, walaupun amaran sudah dikeluarkan polis tetap akan mengadakan kawalan ketat di sekitar ibu kota bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Ahmad Sofian berkata, orang ramai yang menyertainya boleh didakwa mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 kerana berhimpun secara haram.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Hidraf, S. Manikavasagan yang ditemui pemberita menegaskan perhimpunan itu akan tetap diteruskan walaupun tidak mendapat permit polis.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive