KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 14, 2008

Abdullah yang munafik dan pembohong

malaysia-today

Biarlah kita tinggalkan cerita penipu dan munafik seorang Perdana Menteri yang mengalami ‘Mental Disorder” kerana mahu tidak mahu rakyat harus membuat perhitungan menjelang 1 Mac 2008 mereka harus memilih siapakah yang sewajarnya diberikan kepercayaan menerajui negara.

KAMAL AMIR MENULIS

PEMBOHONG dan munafik !!! itulah yang sewajarnya dilontarkan kepada imam besar Islam Hadhari yang sanggup mempermainkan kata-katanya kepada lebih 26 juta rakyat Malaysia berhubung tarikh pembubaran Dewan Rakyat (bukan Parlimen).

Kelmarin dengan wajah selamba Abdullah menyatakan bahawa tidak akan ada sebarang pembubaran Parlimen. (Seorang Perdana Menteri tidak faham bagaimana Parlimen tidak sepatutnya dibubarkan kerana yang perlu dibubarkan untuk mengadakan pilihanraya adalah Dewan Rakyat bukannya Parlimen sementara Dewan Senat tidak memerlukan pilihanraya…. Baghal punya Perdana Menteri).

Pelbagai hujah dikemukakan kepada wartawan media massa tentang tidak akan berlaku sebarang pembubaran Dewan Rakyat. Dengan muka penipunya Abdullah menyatakan mesyuarat kabinet akan diadakan lagi dan lagi dan lagi. Tup-tup hari ini dia mengumumkan pembubaran tersebut. Ternyata inilah sikap seorang pembohong dan munafik tersohor.

Kalaulah hanya persoalan pembubaran dewan rakyat Abdullah boleh berbohong apakah kita boleh percaya cakap-cakapnya yang lain? Masih bersediakan rakyat Malaysia menerima Abdullah yang ternyata seorang munafik menjadi Perdana Menteri? Alahai malangnya rakyat negara ini berketuakan seorang pemimpin yang mengalami “ mental disorder” atau terencat akal fikirannya.

Semuga rakyat di Kepala Batas segera sedar betapa mereka bakal memilih seorang pemimpin yang penipu dan munafik seandainya masih mahu memenangkannya di musim pilihanraya ke 12.

Biarlah kita tinggalkan cerita penipu dan munafik seorang Perdana Menteri yang mengalami ‘Mental Disorder” kerana mahu tidak mahu rakyat harus membuat perhitungan menjelang 1 Mac 2008 mereka harus memilih siapakah yang sewajarnya diberikan kepercayaan menerajui negara.

Perlu diingat bahawa Kerajaan Malaysia dalam apa keadaan sekalipun selagi tiadanya sebarang bentuk penjajahan tetap ujud samada ianya ditadbir oleh Barisan Nasional mahupun parti lain namun Kerajaan Malaysia tetap ujud.

Dalam erti kata lain jika rakyat memilih Barisan Nasional untuk dimenangkan dalam pilihanraya makan pentadbiran selama tempoh lima tahun kerajaan Malaysia diterajui oleh Barisan Nasional, begitu juga sebaliknya jika Barisan Alternatif berjaya memenangi pilihanraya maka parti tersebut diberi kesempatan oleh rakyat sebagai pentadbir kerajaan Malaysia dalam tempoh yang sama.

Seharusnya tidak ada pengunaan kata-kata memilih parti lain sebagai “menentang kerajaan”. Dalam erti kata lain memilih pembangkang tidak membawa maksud “menentang kerajaan” begitu juga di negeri Kelantan jika rakyat memilih Barisan Nasional mereka bukan bererti menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan. Semuga rakyat faham erti dan istilah sebenar agar ianya tidak dipergunakan oleh pemimpin memesongkan fikiran rakyat.

Selain dari kisah pembohongan dan kemunafikan Perdana Menteri memulakan musim pilihanraya ke 12, terdapat beberapa berita yang mula didedahkan melalui laman internet yang tentunya tidak terdapat di mana-mana akhbar arus perdana serta media elektronik milik parti Barisan Nasional.

Berita waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah terhadap ahli Parlimen Kuala Selangor Daud Tarihep merupakan cerita menarik yang tersiar di halaman internet seperti yang dilaporkan:-

Waran tangkap terhadap ahli parlimen Kuala Selangor

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan yang Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Mohd Daud Tarihep, 55 ahli Parlimen Kuala Selangor (akhbar tersebut laporkan beliau sebagai ADUN, sebenarnya bukan ADUN tetapi MP).

Waran tangkap itu dikeluarkan apabila Daud, bekas SETPOL kepada Muhmmad Rahmat (ketika Tok Mat Menteri Penerangan) dan bekas Ketua Umno bahagian, gagal hadir ke mahkamah untuk mendengarkan pertuduhan terhadap beliau. Daud dituduh bernikah kali kedua dengan seorang aktivis Puteri Umno, Zuraidah, di Thailand, tanpa kebenaran mahkamah syariah.

Semakin dekat pilihan raya semakin menjadi-jadi cabaran terhadap calon-calon Umno. Harapan Daud untuk bertanding sepenggal lagi semakin tipis dengan perkembangan ini. Dan sesungguhnya sepanjang penggal ini ramai pimpinan Umno terbabit dan terpalit dengan isu dan krisis moral yang berpanjangan walaupun MB nya beria-ia mencetuskan wawasan untuk melahirkan Selangor yang penuh dengan insan-insan rabbani di dalam masyarakat madani.

Sebelum Daud kita sudah lali dengan Ketua Umno bahagian Klang Zakaria Md Deros yang juga ADUN Pelabuhan Kelang dengan "istana" nya bernilai jutaan ringgit itu dengan berbelas bilik tidur dan hampri 8 bilik air. Zakaria turut terlibat membina perniagaan di tanah milik kerajaan dan membinanya pula tanpa kebenaran pihak PBT. Kini beliau terlibat dalam perebutan kuasa dalam Persatuan Badminton Selangor (SBA) dimana pencabarnya pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Zakaria terlibat dalam skandal pemberian kontrak dalam SBA itu.

Kita juga masih ingat skandal seks membabitkan Senator Norhayati Onn, EXCO Wanita Umno Malaysia yang juga Ketua Wanita Umno Klang. Dalam kes perceraian beliau di Mahkamah Syariah, suaminya telah mengemukakan laporan polis dimana beliau mendakwa mendapati gambar-gambar intim antara isterinya dengan ahli Parlimen Gombak, Dr Rahman Ismail (yang juga AJK Umno bahagian Gombak) di dalam telefon bimbit isterinya, siap dengan mesej-mesej bercinta.

(Gambar-gambar kedua pasangan ini pernah di bawa ke dalam DUN Selangor oleh ADUN Sekinchan YB Ng Swee Lim, sehingga menggemparkan Spekaer Dewan yang kebetulan ayahanda Senator berkenaan!

Kemudian jangan kita lupa akan notis bankrap yang dikeluarkan oleh seorang wanita Zarinah Abu Bakar terhadap EXCO Agama, yang juga ADUN Sementa (Ketua Umno bahagian Kapar) Abd Rahman Palil kerana gagal menjelaskan hutang RM311,295.35. EXCO berkenaan dikatakan telah menggunakan syarikta wanita tersebut untuk memohon tanah kerajaan di Sg Buloh. Tanah seluas 11.3 hektar yang ketika itu bernilai RM9 juta telah diluluskan kepada syarikta itu (melalui pengaruh Rahman) dan terus dijual. Zarinah mendakwa Rahman masih gagal membayar baki bahagian beliau iaitu jumlah yang dituntut darinya itu.

Walaupun kita difahamkan Rahman kemudiannya telah menjelaskan tuntutan wanita berkenaan, soalnya tidakkah kes ini menunjukkan Rahman telah menggunakan kedudukannya untuk memohon tanah kerajaan bagi mengaut keuntungan!
Dari satu kes poligami melibatkan waran tangkap terhadap seorang ahli Parlimen Kuala Selangor kita boleh menelanjangkan banyak skandal dalam Umno Selangor ini. Itu belum lagi yang kecil-kecil yang melibatkan penyalahgunaan-kuasa, rasuah dan lain-lain.

Kesimpulannya pilihan raya dah dekat. Rakyat Selangor berfikirlah masak-masak, segera buat perubahan sebelum negeri bertuah ini terus musnah ditangan pemimpin yang rakus dan tidak bermoral!

Selain dari itu pastinya akan muncul beberapa berita lain yang lebih menarik bakal didedahkan melalui pelbagai halaman internet. Untuk itu seharusnya aksess berita sebegini wajar dilampiaskan samada secara cetak semula atau diberitahu kepada khalayak kerana khabarnya menjelang seusai hari penamaan calon beberapa pendedahan cukup menggemparkan pasti akan berlaku.

Kalaupun pendedahan bekas setiausaha peguam V.K Linggam yang mengaku secara terbuka melalui Suruhanjaya siasatan Klip Video peguam tersebut ada menerima saguhati dari Badan Pencegah Rasuah sejumlah RM 3,000 atas laporannya terhadap penyelewengan di mana akhirnya di tutup fail laporan tersebut mungkin merupakan berita menggemparkan berhubung kebobrokkan penguasa namun ada lagi cerita yang lebih hebat dari itu.

Meskipun setiausaha tersebut turut menyatakan bagaimana keputusan bertulis seorang hakim dilakukan oleh peguambela yang jelas mendedahkan hancurnya keyakinan rakyat terhadap badan perundangan namun akan muncul satu lagi berita paling panas. Kerana itu pembaca seharusnya kekal melayari laman Malaysia Today yang bakal mendedahkan satu demi satu skandal pemimpin. (itupun jika laman ini tidak dicerobohi oleh para penyangak upahan beberapa orang pemimpin yang semakin terganggu tidurnya dalam menghadapi mahkamah rakyat di musim pilihanraya ke 12).

Kalau dicatatan terdahulu saya ada menyatakan tarikh pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan Abdullah memanggil pilihanraya diadakan pada tarikh 13 Februari dan tarikh penamaan calon pula 22 Februari sementara hari membuang undi jatuh pada 1 Mac 2008, anda jangan terperanjat jika diramalkan sebaik sahaja memenangi kerusi Parlimen Rembau di Negeri Sembilan (jika pengundi di kawasan tersebut memilihnya) maka menantu kesayangan Abdullah bernama Khairy Jamaluddin bakal diangkat menjadi Menteri Kewangan.

Selain dari itu beberapa sumber membayangkan Hishamudin Tun Husien Onn bakal dibawa pulang menjadi Menteri Besar Johor untuk terus disepi oleh Khairy yang bakal bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Grand Design Khairy Jamaluddin memperlihatkan bakal ada “penyembelihan” terhadap karier politik Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di mana para juak dan penyokong anak mantan Perdana Menteri kedua Malaysia itu nanti akan disenyapkan. Sayonara politik Datuk Najib….Selamat jalan teman-teman Datuk Najib kerana sesungguhnya pilihanraya ke 12 ini adalah merupakan pilihanraya buat Khairy Jamaluddin mempersiapkan dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia seusia 40 tahun. Fikir-fikirkanlah.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive