KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 14, 2008

Demi kanda Anwar, Azizah sedia berundur

klpos.

BUTTERWORTH: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bersedia memberi jalan untuk suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertanding di kawasan undi Permatang Pauh jika beliau berjaya mengekalkan kerusi parlimennya itu dalam pilihan raya umum Malaysia yang akan datang.

Dr Wan Azizah bersedia mengundur diri agar satu pilihan raya kecil dapat diadakan bagi membolehkan Anwar bertanding bagi mendapatkan semula kerusi parlimennya itu.

'Untuk beliau berbuat demikian, kami harus memenangi kerusi itu terdahulu,' katanya semasa membuka cawangan pusat operasi Pemuda PKR di Bandar Sunway Seberang Jaya di sini Ahad lalu.

Datuk Anwar tidak boleh bertanding dalam pilihan raya umum ini jika ia diadakan sebelun pertengahan April ini kerana beliau pernah didapati bersalah bagi kesalahan rasuah dan salah laku seks.

Dalam satu perkembangan lain di Pulau Pinang, seorang pemimpin negeri Parti Tindakan Demokratik (DAP) melahirkan rasa marah terhadap rancangan parti itu untuk mencalonkan tiga orang yang 'diimport' dari luar negeri itu untuk bertanding di negeri itu.

Ketua Pasukan Bertindak DAP, Tham Weng Fatt, mengecam tindakan parti itu mengambil 'calon-calon payung terjun' dan mengetepikan pemimpin berasal dari Pulau Pinang.

Tham malah berkata penyokongnya telah mengoyakkan poster-poster DAP dari van Proton Juaranya kerana marah akan rancangan itu.

Sambil mengatakan beliau tiada pilihan kecuali melanggar perintah partinya yang melarang sebarang pendedahan dibuat, Encik Tham mempersoal keperluan rancangan DAP mahu membawa 'orang luar' itu, sambil menambah bahawa beliau sedang menimbangkan semula kedudukannya dalam DAP sekarang.

DAP telah mengumumkan bahawa seorang blogger,Jeff Ooi, dari Kedah; pensyarah politik, Profesor Dr P Ramasamy, dari Perak; dan Liew Chin Tong, dari Selangor, akan menjadi antara calon parti itu di Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dari Melaka, juga dijangka bertanding bagi parti itu di negeri tersebut.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive