KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 15, 2008

DARI UMNO BAIK PIKET DENGAN NUTE

NUTE cadang piket bantah Esos TM
utusan.



KUALA LUMPUR 15 Mac – Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Telekomunikasi Malaysia (NUTE) akan mengadakan piket di seluruh negara Selasa depan bagi membantah keputusan Kumpulan TM ke atas tatacara pemberian Tawaran Skim Opsyen Saham Kakitangan (Esos).

Piket yang sama juga akan diadakan oleh Kesatuan Pekerja Telekom Sarawak (UTES) dan Kesatuan Pekerja-pekerja Telekom Sabah (SUTE) di negeri masing-masing pada hari yang sama.

Presiden NUTE, Mohamed Shafie BP Mammal berkata, piket itu berikutan cara pembahagian Esos yang tidak adil apabila tiada cadangan telus terhadap cara-cara pembahagian Esos, pengurusan Kumpulan TM tidak berbincang dengan kesatuan berhubung syarat pemberian saham serta pembahagian Esos yang sangat kabur dan mengelirukan kakitangan.

“Kelulusan yang dibuat oleh pemegang saham TM pada mesyuarat agung luar biasa pada 6 Mac lalu itu telah diterima baik oleh ketiga-tiga kesatuan.

“Bagaimanapun, ketiga-tiga kesatuan sebulat suara menolak sepenuhnya cara dan kaedah pembahagian Esos tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

UMNO ..... Melayu .... Tolong NUTE !!!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive