KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 15, 2008

Jangan Sertai Perhimpunan Di Padang Polo Esok - Polis

bernama.com

IPOH, 15 Mac (Bernama) -- Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dijadual diadakan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Padang Polo di sini pagi esok.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata polis tidak meluluskan permit kepada penganjur perhimpunan itu atas sebab keselamatan dan ketenteraman awam.

Katanya beliau telah mengadakan perjumpaan dengan wakil penganjur perhimpunan itu, Mohd Ibrahim Mat Zin yang telah memberikan jaminan untuk tidak mengadakan perhimpunan itu esok.

Bagaimanapun, polis tetap mengambil langkah sewajarnya dan akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang menghadiri perhimpunan terbabit, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai perhimpunan itu yang kononnya untuk memberi sokongan kepada orang Melayu dan institusi Diraja Perak.

Sementara itu Mohd Ibrahim yang turut hadir pada sidang akhbar itu menjelaskan perhimpunan itu dijadualkan hanya untuk disertai kira-kira 100 anggotanya sahaja untuk menghantar memorandum kepada Sultan Perak di Istana Kinta, tetapi SMS itu tersebar dengan pantas.

"Selaku penganjur perhimpunan, atas nasihat polis kami membatalkan perhimpunan ini," katanya.

Beliau menggesa anggota yang masih berdegil dan tetap ingin meneruskan perhimpunan itu supaya membatalkan niat mereka itu kerana ia melanggar undang-undang.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive