KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 19, 2008

AP BUKAN 'UNDER' SAYA LAGI

PUTRAJAYA 18 Mac – Keputusan tidak menyenaraikan Datuk Seri Rafidah Aziz dalam barisan Kabinet yang diumumkan hari ini bertujuan memberi laluan kepada muka baru.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu seharusnya memberi ruang kepada orang lain untuk mengisi jawatan tersebut.

‘‘Saya tidak bincang mengapa, (tetapi) beliau juga perlu memberi laluan kepada orang baru,” katanya.

Abdullah ditanya pemberita mengapa Rafidah yang telah berkhidmat dalam kerajaan untuk tempoh yang lama tidak dilantik semula dalam barisan Kabinet yang diumumkan beliau di sini hari ini. - Utusan hari ini


The image “http://www.jeffooi.com/Rafidah_060217sTAR.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

AP BUKAN 'UNDER' SAYA LAGI

No2umno - Tidak perlu bertanya, berbincang dan berdiskusi ..... Nyah kau keluar!!! Mungkin begitulah singkatan bahasa kepada tindakan mengeluarkan Rafidah dari barisan Kabinet Dapur yang dinyatakan oleh Dollah.

Maka berpecahlah UMNO selepas ini kepada beberapa bahagian. Berjayalah nampaknya Azalina Othman, menyingkirkan seorang nenek yang sepatutnya menukar profession untuk menjaga cucu. Kalau lepas ni nampak wanita tua menghantar cucu ke sekolah, menjinjing bersama botol air sirap .... mungkin itu Rafidah.

Tapi kalau aku jadi Pak Lah....aku akan memikirkan samaada untuk keluarkan Rafidah, gantikan Masitah.

Rafidah .... Masitah?
Rafidah .... Masitah?

TENTANG JUDI POLITIK
Kenapa UMNO dilihat sebagai gila kuasa? Banyak alasan untuk mereka bersikap seperti itu. Antaranya adalah, janji janji yang bakal di berikan kepada pelabur yang telah melabur kepada mereka ketika pilihanraya. Beratus ribu beb dan ada yang menjangkau jutaan ringgit. Bila tidak menang, satu hal. Bila tidak menjadi menteri pun merupakan satu malapetaka. Contohnya nenek di atas tu ... tentu panjang ceritanya. Ramai lah yang melabur untuk masa depan bersama rafidah. Tak per....kalau menang boleh dapat macam macam. Kalau labur RM100k, pulangan mungkin menjangkau millions. So, apa ada kira.

Mula mula bila Rafidah menang di Kuala Kangsar dan BN kalah di kebanyakan tempat, bimbang juga. Tapi bila fikirkan bahawa BN masih berkuasa untuk membentuk Barisan Kabinet dan Menteri, lega sedikit. Tapi bila Rafidah terkeluar, bukan sahaja beliau pening, malah pelabur pun rasa terumbang ambing. Apa jadi dengan pelaburan aku? Hah....rugi besar, rugi besar.

Itu lah judi politik namanya. Ada yang bertindak sebagai funder. Kerjanya cuma labur dan labur, kemudian minta pulangan. Pada yang melabur dan tiada pulangan, musim akan datang, mereka tidak melabur lagi. Kalau untung tak per, kalau rugi. Duit langsai, untung tarak. Baik aku bela lembu. Sikit sikit lama lama jadi bukit. Labur pada ahli politik, sikit sikit, kaya cepat banyak penyakit. Buat ape? Tak payahhhh....

1 comments:

Kuda Lempoyang said...

Berdasarkan keputusan Dolah renovate kitchen kabinet nya, ada guideline baru yang diguna pakai untuk bahagian pompuan ia itu:
a. bakal cabinet mestilah masih ada panjang shelf life atau belum monopos.
b. Layak berlakon/artis sekurang-kurangnya piawai cerekarama media prima.
c. Gincu merah tebal jenis mak ngah tak boleh guna. Guna botox atau injeksyen apa apa bahan raguan (rujuk kat anak toyol kalau nak tau kedai mana boleh bikin)
d. Pakai selendang kat public tutup anak rambut. Dada terbuka, no poblem. (ikut macam ani jawa parit sulong)

Posting terkini

Blog Archive