KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 22, 2008

PANAS…PANAS…bekas Menteri didakwa meraba

Agendodaily - Dalam keadaan suhu politik negara agak panas sekarang, tiba-tiba muncul pula berita gempar mendakwa seorang bekas menteri dituduh melakukan gangguan seksual ke atas seorang wanita pelayan hotel berumur 30 tahun. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur Jumaat malam semasa menteri berkenaan bersama-sama beberapa rakannya sedang menikmati cigar (cerut) di sebuah kelab eksklusif yang terletak dalam hotel berkenaan.

Kisah itu mula berlegar dalam internet sejak Isnin malam dan mencetuskan berbagai tandatanya khususnya siapakah bekas menteri itu. Asalnya ada juga yang menduga ia cerita tak berasas yang sengaja disebarkan menerusi internet. Namun kisah itu semakin jelas apabila Selasa Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC II, Ku Chin Wah semasa ditanya mengenai isu berkenaan mengesahkan polis ada menerima laporan mendakwa kes cabul melibatkan bekas menteri itu.

Berita terdahulu:
Bekas menteri raba punggung wanita

Sementara artikel terbaru dari laman blog mso melayu, memberikan butiran terkini.

Bekas Menteri Yang Raba Punggung Kini Di Luar Negeri
msomelayu

BEKAS menteri yang didakwa melakukan gangguan seks ke atas seorang pelayan seperti mana dilaporkan semalam menafikan beliau melakukan perbuatan tidak senonoh dengan pelayan berkenaan dan menganggap apa yang berlaku di kelab Cigar Havana Meredian Hotel itu sebagai miss understanding saja.

Bekas menteri berkenaan yang kini berada di luar negara memberi tahu seorang rakan blogger dakwaan pelayan berkenaan terhadapnya tidak betul.

Apa yang berlaku katanya kepada rakan blogger, bekas menteri berkenaan hanya memegang bahu dan kelakuan yang tidak syarie itu biasa bagi bekas menteri berkenaan. "Kelakuan begitu biasa bagi bekas menteri berkenaan, suka berpeleser dengan perempyan," ujar rakan blogger yang turut mendengar perbualan rakan bloger dengan bekas menteri berkenaan menerusi telefion yang di on air.

Menurut rakan blogger berkenaan laporan berhubung kejadian itu menerusi blog ini semalam adalah benar. Laporan polis dibuat oleh pelayan berkenaan bersama teman lelakinya di balai polis Brickfields.

Kejadian itu menurut rakan blogger itu berlaku ketika pelayan berkenaan menghulurkan cigar kepada bekas menteri itu.

Sementara itu dari satu maklumat yang masuk ke dalam email blog Tinta Merah, nama dan identiti serta tempat tinggal pelayan berkenana sudah dikenal pasti. Pelayan itu berusia 31 dan namanya bermla dengan huruf H".

Blogger menerusi 'skuad risiknya' cuba untuk menjejaki pelayan berkenaan bagi mengetahui cerita sebenar dari mulut pelayan berkenaan. Maklumat dan perkembangan selanjutkan akan menyusul.more...

2 comments:

mangchikla said...

Dalam bebanyak sumber internet, dengor cite si mamat nih org kuat najib dan dikaitkan jugak ngan budak perlis yang mati tuh. hmmm.. hisap cerut dan mabuk, dua dua haram tapi dipandang enteng.

mangchikla said...

cite pasal "ponggong" nih, teringat lagi kelatte masa dolu dolu tetiba menerjah kedalam otak teman:

Gelek ala gelek bekwoh
ala gelek bekwoh tak keno gayoooo
gelek ala seket "ponggong"...
..
...

Pastu teman luper. raden/rasta tulun ler sambungkan. muakakakaakakkkka

Posting terkini

Blog Archive