KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 19, 2007

100,000 pekerja asing?

http://www.agendadaily.com/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_c829fc38-ca9db1d0-1292ba70-18cd3fba/1/pendatang-ok200.jpg

Indonesia Bekal 100,000 Pekerja Untuk Pembangunan WPI

JOHOR BAHARU, 19 Dis (Bernama) -- Indonesia akan membekalkan 100,000 tenaga kerjanya secara berperingkat ke Johor bagi memenuhi keperluan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) sehingga tahun 2020, kata konsul besarnya di Johor, Renvyannis Gazali.

Menurutnya persetujuan tentang penghantaran pekerja republik itu ke Johor itu dibuat berikutan permintaan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman untuk menjamin pembangunan di wilayah pembangunan khas itu berjalan lancar.

"Pekerja-pekerja Indonesia yang akan dihantar itu terdiri daripada pekerja mahir dan separa mahir, yang telah dilatih secara profesional dalam sektor pembinaan dan hospitaliti, bertujuan memenuhi keperluan tenaga kerja di WPI," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Indonesia Fair 2007 di sini.

Renvynnis memberi jaminan pihak Konsulat Indonesia di Johor tidak akan berkompromi dengan pekerja-pekerjanya yang terlibat dalam jenayah dan yang melanggar undang-undang negara ini.

"Mereka yang didapati bersalah akan dihantar pulang," katanya.

Renvyannis berkata mana-mana ejen pengambilan pekerja Indonesia yang didapati menipu dan tidak menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia akan disenaraihitam.

Seramai 24 usahawan kecil dari Jakarta, Bandung, Bogor, Tasik Malaya, Batam dan Kepulauan Riau menyertai Indonesia Fair itu dengan mempamerkan produk kraftangan, batik dan barang antik buatan negara itu, sehingga 29 Dis ini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive