KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 19, 2007

SURUHANJAYA PAKISTAN MACAM SPR MALAYSIA

http://www.abc.net.au/reslib/200708/r170990_642120.jpg

Calon pilihan raya: Rayuan Nawaz Sharif ditolak

ISLAMABAD 18 Dis. – Bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif gagal dalam rayuannya bagi mencabar penolakan pencalonan beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Parlimen bulan depan.

Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (PEC) hari ini menolak rayuan Nawaz dan abangnya, Shahbaz untuk terus bertanding pada pilihan raya 8 Januari ini.

Jurucakap PEC, Kanwar Dilshad enggan memberi maklumat terperinci tetapi mengesahkan adik-beradik itu tidak akan bertanding kerana disahkan sebagai “tidak layak”.

Parti pimpinan Nawaz, Liga Islam Pakistan-N bagaimanapun menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai faktor motivasi bagi menghadapi pilihan raya.

“Ia menunjukkan kerajaan masih takut dengan populariti dan tidak boleh berdepan dengannya,” kata jurucakap parti, Ahsan Iqbal.

Parti itu pada peringkat awal bercadang memboikot pilihan raya tetapi membatalkan hasrat selepas gagal mendapat sokongan pembangkang lain.

Nawaz telah berkempen menuntut Presiden Pervez Musharraf mengembalikan jawatan hakim-hakim Mahkamah Agung yang dipecat semasa mengisytiharkan darurat 3 November lalu.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive