Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed berkata, mereka yang didapati bersalah menyertai demonstrasi jalanan itu akan berhadapan dengan tindakan digantung pengajian atau dibuang.
“Kita akan lihat apa kesalahan yang mereka lakukan dan pelbagai tindakan boleh dikenakan jika mereka didapati bersalah.
“Jika mereka didapati melakukan kesalahan yang berat, kita akan buang mereka daripada pengajian dan mereka tidak akan diterima oleh mana-mana IPTA dan IPTS yang lain,” ujarnya.
Tindakan tegas pelajar IPT sertai demonstrasi
KUALA LUMPUR 18 Dis. – Kementerian Pengajian Tinggi akan bertindak tegas terhadap penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang terlibat dengan perhimpunan haram baru-baru ini yang jelas menyalahi Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
0 comments:
Post a Comment