Dakwaan saya rasuah tidak berasas - Dr Khir Toyo
Petikan Malaysiakini
Senarai calon Barisan Nasional (BN) Selangor untuk pilihanraya umum akan datang, termasuk Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan dirujukkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terlebih dahulu bagi memastikan mereka bersih daripada sebarang salahlaku rasuah.
Dr Mohd Khir berkata, perkara yang sama dilakukan dalam pilihanraya umum 2004 dan BPR mendapati beliau tidak terbabit dalam sebarang salahlaku rasuah dan kerana itu beliau boleh bertanding dalam pilihanraya umum lalu.
Katanya, siasatan BPR terhadap semua dakwaan yang dibuat terhadapnya, khususnya oleh PAS, mendapati semuanya tidak berasas.
"Saya rasa semua dakwaan (terhadap saya) telah selesai (disiasat). Tidak ada asas, kerana itulah nama saya bersih.
"Kalau ada, saya tidak boleh bertanding dalam pilihanraya umum lalu," katanya dalam wawancara khas dengan Malaysiakini minggu lalu.
"Saya juga akan hantar (senarai calon) sebelum pilihanraya akan datang. Kalau nama saya ada (tersangkut), maka saya tidak boleh bertanding," tambahnya.
Dr Mohd Khir berkata, ramai orang yang membut tuduhan beliau terlibat dalam rasuah, termasuk oleh parti pembangkang, PAS sebelum pilihanraya 2004.
Percepat pembangunan
"Dulu PAS kata macam-macam, semuanya saya jawab secara terbuka dalam Dewan (Undangan Negeri), depan-depan. Semuanya 'clear' tidak ada masalah," tambahnya.
Menurut beliau lagi, seebelum senarai nama calon dihantar pada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri mengarahkan beliau supaya menghantarnya kepada BPR, polis dan Pemegang Amanah.
"Kalau ada kes, tidak boleh (jadi calon). Jadi kita hantar. Nama saya adalah yang pertama (di atas sekali). Kalau saya tidak jujur saya tidak hantar (senarai tersebut). Tapi saya ikut arahan," tegasnya.
Mengenai dakwaan berlaku salahlaku rasuah dan penyelewengan dalam pembangunan tanah di Selangor, Dr Mohd Khir berkata: ''Sebenarnya, bila saya menjadi menteri besar, tidak ada lagi tanah yang boleh diberikan.
"Tanah tersebut telah diberi lama sebelum saya (menjadi menteri besar). Syarikat berkenaan membayar premium dan semuanya, mengemukakan pelan, semuanya mengikut undang-undang.
"Kita mahukan pembangunan, maka kita memajukannya. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa bila saya menjadi menteri besar, tidak ada lagi tanah yang ada untuk diberikan," tambah beliau.
Menurutnya, kerajaan negeri perlukan pembangunan dan rakyat pula perlukan rumah, maka semua proses pembangunannya diperceapatkan.
Kes Zakaria
"Kita percepatkan semuanya, sebelum ini mungkin terdapat 'red tape' dalam badan-badan kerajaan (yang melambatkan proses pembangunan), kita percepat proses tersebut dan tanah berkenaan dimajukan.
"Semuanya menjadi mudah dan mereka dapat memajukannya," tambah beliau lagi.
Adakah kerana projek dapat cepat dijalankan maka orang sangka yang bukan-bukan terhadap Datuk Seri?
Ya, itulah yang orang kata. Anda boleh bertanya mana-mana pemaju…yang pentingnya adakah rakyat tengoh saya jalan dengan orang yang tidak tentu arah…saya duduk rumah saja.” Katanya.
ELOK LA...
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment