11 laman web menghasut, lucah disekatKUALA LUMPUR: Sebanyak 11 laman web dan blog berunsur hasutan dan lucah telah disekat daripada diakses oleh pengguna internet di negara ini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Ruddin Abdul Ghani berkata selain menyekat laman web dan blog tersebut kementerian juga telah mengatur program jangka panjang dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia untuk mempertingkatkan kesedaran keselamatan siber kepada pengguna.
Pengertian Hasut / Provokasi
Hasud adalah suatu sifat yang ingin selalu berusaha mempengaruhi orang lain agar amarah / marah orang tersebut meluap dengan tujuan agar dapat memecah belah persatuan dan tali persaudaraan agar timbul permusuhan dan kebencian antar sesama.
Firman Allah Ta'all yang bermaksud:
"Sesungguhnya org-org yang menaburkan fitnah utk memesongkan org-org
mukmin lelaki dan perempuan, kemudian tidak bertaubat maka akan berolehlah azab neraka jahannam (kerana perbuatannya menabur fitnah itu), dan mereka akan beroleh azab api yang membakar (kerana mereka tidak bertaubat)
-(Surah Al-Buruj ayat 10)
Pengertian Fitnah
Fitnah adalah mengada-adakan dan menyebarkan cerita palsu dengan tujuan untuk memusnahkan atau menjatuhkan seseorang. Fitnah selalunya disebarkan melalui lisan (cakap face to face, telephone etc) dan tulisan (surat layang, internet etc).
-----------------
Hampir semua orang pernah melakukan fitnah dan hasut. Jika merujuk kepada pengertian fitnah, maka kebanyakan ahli politik, terlibat dengan perbuatan ini. Begitu juga dengan hasut. Merujuk kepada peristiwa perhimpunan, semua pihak, baik pembangkang mahu pun kerajaan Barisan Nasional terlibat di dalam melakukan perbuatan hasut. Yang mengutuk dan dikutuk. Si A hasut B dan untuk mempertahankan diri si B akan mengasut si A. Maka siapa kah yang bersalah?
Jika merujuk kepada bukti, kedua dua pihak pun ada dosa dan salahnya tetapi jika merujuk kepada ketidak adilan penghakiman di dalam negara kita, maka hasut itu akan merujuk kepada pembangkang dan segala yang baik itu datangnya dari kerajaan. Kerana tindakan ini lah maka usaha hasut menjadi jadi.
Manakala fitnah pula adalah satu kesalahan yang amat berat. Namun sejauh mana fitnah itu adalah fitnah atau bukan bergantung kepada penguasa merungkainya. Sejauh mana penguasa ingin membongkar kebenaran jika setiap fitnah itu tidak diberikan pengadilan untuk membuktikan kebenaran dan akhirnya label penghasut hanya setakat label yang tidak berkesudahan.
Sila klassifikasikan berita berikut dengan pengertian diatas.
0 comments:
Post a Comment