dipetik: lubokkawah
Semasa Parti Keadilan Rakyat mengedarkan bantuan pertama beras dan bahan-bahan masakan di kawasan Kg Purun dan Krai, ahli-ahli UMNO disana mempersendakan kami kononnya bantuan yang kami bekalkan untuk mangsa-mangsa banjir itu amatlah kecil.
UMNO diperkampongan Orang Asli Darat Sendayan hampir mentertawakan kami dan dengan sombongnya menyatakan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kerdau akan mengedarkan 50 kilo beras bagi setiap keluarga.
Alhamdulillah, memang kami tidak mampu menyediakan bekalan yang begitu banyak. Tetapi pada hari kedua, seperti di hari pertama, kami memperolehi lagi bantuan dari badan NGO, dan kami edarkan lagi. Kami berjaya mengedarkan kepada hampir 500 keluarga di kawasan DUN Kerdau (Bahagian Kuala Krau) dengan 5 kilo beras, minyak masak, ikan kering dll. dan kain baju.
Ketua Kampong yang mentertawakan kami dan mempersendakan kami terpaksa angkat tabik kepada kami kerana rupa-rupanya bekalan dari UMNO lesap disapu oleh pelesit-pelesit didalam UMNO, maka kamilah dari Parti Keadilan Rakyat Kuala
Krau yang berjaya mengedarkan bantuan tanpa mengira pegangan parti politik.
Kami edar kepada semua!
Pada hari ini, 18 Disember, 2007, wakil-wakil orang Asli dari Darat Sendayan datang kerumah Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau yang bermastautin di Kg Purun berdekatan dengan Darat Sendayan meminta bantuan dari PKR.
Mereka menyatakan bahawa janji UMNO untuk membekalkan 50 kilo beras bagi setiap keluarga orang-orang Asli di kampong mereka hanyalah satu pembohongan, apa yang dibantu hanyalah sekilo beras.
Insya Allah, melalui sebuah NGO Kristian, PKR akan membekalkan 5 kilo beras dan lain-lain bahan masakan kepada 170 keluarga orang-orang Asli di Darat Sendayan esuk.
Petang tadi Wakil Rakyat DUN Kerdau terpaksa balik awal dari Darat Sendayan kerana orang-orang Asli disana sudah memanggil "PEMBOHONG".
PKR Bahagian Kuala Krau telah berjaya pada HARI SEMALAM mengedarkan bekalan makanan dan kain baju kepada 200 keluarga orang-orang Asli di Kg Lubok Wong, Pian dan Pasu, dan pada hari semalam saja, lebih dari 20 orang ditiga perkampongan itu turut menyertai keanggotaan Parti Keadilan Rakyat.
Ini bererti sudah lebih 200 orang-orang Asli di Kuala Krau telah menyertai Parti Keadilan Rakyat, dan pengunjung-pengunjung ke kampong-kampong tersebut akan terpesona melihat bendera PKR dihalaman rumah-rumah orang-orang Asli disana.
Esuk dan lusa, Parti Keadilan Rakyat Kuala Krau akan mengunjung dari rumah ke rumah kepada 150 buah rumah-rumah untuk mengedarkan bekalan bantuan banjir lagi di perkampongan tradisional Melayu di Kuala Mai, Gong Halt dan Paya Sok.
Keadilan untuk semua, dan kami akan bekalkan kepada mereka yang menjadi mangsa banjir tanpa mengira pegangan politik mereka.
LEBAI HIPOKRIT
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment