KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 19, 2007

KERAJAAN T'GANU DAN PEMAJU TIPU PENIAGA

The image “http://buletinonline.net/images/berita1/img_4994.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

dipetik: Buletinonline

Kuala Terengganu, 18 Dis- Seorang peniaga Chang Pok Kiun, 55, tidak puas hati dan meminta bantuan Buletinonline sekali lagi menyampaikan hasrat beliau.

Beliau mendakwa telah ditipu oleh pemaju dan kerajaan, dalam transaksi pembelian satu Lot Perniagaan di Plaza Paya Bunga.

Katanya, keluasan yang ditawarkan dalam perjanjian pembelian itu adalah 469 kaki persegi(kp) tetapi ukuran sebenar hanya 398 kp sahaja.

”Saya telah rugi RM400 upah jurukur untuk kepastian dan lot perniagaan itu dibeli dengan harga RM330,000 melalui pinjaman bank.”

”Saya terpaksa bayar hutang bank setiap bulan sejak 10 tahun lalu tetapi masih belum boleh dibuka hari ini,” jelas En. Chang

The image “http://buletinonline.net/images/berita1/inside3.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Menurutnya, walaupun Kompleks Paya Bunga masih belum dibuka, beliau juga diugut oleh pemaju terbabit, meminta bayaran baki 10 peratus lagi dalam tempoh 14 hari dari surat notis tersebut. Sekiranya gagal membayar baki tunggakan, pemaju ’mengugut’ akan membatalkan perjanjian jual beli lot perniagaan .

Encik Chang menjalankan perniagaan kedai jahitan pakaian sejak 20 tahun lalu dukacita dengan masalah tersebut.

Encik Lim Eng Keong, 45, turut mendakwa mengalami kerugian kerana lot perniagaan Kompleks yang sama. Lot perniagaan telah dibeli sejak lapan tahun itu masih belum dapat digunakan.

”Saya telah bayar 90 peratus dari harga kos sejak lapan tahun lalu tetapi pemaju cuma siapkan 80 peratus.

”Saya sudah bayar lebih tetapi lot perniagaan yang dibeli itu belum disiapkan oleh pemaju,” jelasnya.

Beliau yang juga Pemuda MCA Kuala Terengganu mula bosan serta kecewa dengan sikap wakil rakyatnya yang gagal membela nasib para peniaga terbabit.

”Saya sudah acap kali pergi ke pejabat Adun Bandar tetapi tidak dapat berjumpa dengan dia (Toh Chin Yaw), cuma jumpa dengan kerani sahaja,” ujarnya.

Katanya, pemaju terbabit tidak mempunyai pejabat di Kuala Terengganu dan segala urusan diminta berhubung dengan pengawal keselamatan bangunan sahaja.

Seorang lagi peniaga, Encik Heng Jee Nan, 66, telah menjalankan perniagaan sejak 38 tahun lalu di bandar Kuala Terengganu antara salah seorang pembeli lot-lot kedai tersebut.

Beliau mengadu kepada Buletinonline kerana menaruh harapan tinggi, PAS boleh membantu beliau menyelesaikan masalah yang dihadapi.

”Kita tidak kira siapa dia yang boleh bantu kita kali ini sama ada PAS atau sesiapa sahaja.

”Pilihan raya sudah dekat dan ’orang’ akan cari kita untuk dapat undi satu hari nanti,” ujarnya.

Katanya lagi, pihak pemaju telah menghantar surat bagi penyerahan kunci dan meminta para pembeli menjelaskan bayaran sebanyak RM5,465.20 sebagai bayaran pendahuluan (deposit).

Menurutnya, walau pun bayaran pendahuluan telah dijelaskan bagi mendapatkan kunci tetapi lot perniagaan berkenaan masih belum dapat digunakan lagi. Pintu masuk ke Bangunan Kompleks Plaza Paya Bunga masih di kunci

Manakala, rakannya Encik Poof Chand, 41, berpendapat kegagalan menyelesaikan masalah pembeli-pembeli lot di Plaza Paya Bunga itu akan menjejaskan imej Kuala Terengganu sebagai bakal ’Bandaraya’

Katanya, semua pembeli lot perniagaan di plaza berkenaan marah dan kecewa dengan sikap pihak pemaju, ABI Construction Sdn. Bhd dan kerajaan negeri yang menjadi rakan usahasama projek tersebut.

”Siapa pun tidak boleh tolong kita (pembeli) baik wakil rakyat atau pun kerajaan negeri sendiri.

”Berapa lama kami telah kerugian kerana membeli bangunan yang gagal disiapkan oleh pemaju,” ujarnya.

Menurutnya, rakyat kini boleh melihat serta menilai mana-mana kerajaan yang benar-benar mampu mentadbir negeri dengan baik.

Buletinonline dimaklumkan, bangunan terbabit sepatutnya telah siap mengikut perjanjian pada tahun 2004 tetapi terbengkalai.

Namun begitu, kesemua pembelinya ’hairan’ bagaimana pula dengan sebuah restoran makanan segera terkenal boleh mendapat kemudahan serta telah menjalankan perniagaannya sejak sebulan lalu.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive