KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 31, 2007

DULU KAPAL PERANG, SEKARANG KAPAL PENUMPANG

Penduduk cemas pesawat asing terbang rendah

JOHOR BAHRU 30 Dis. – Penduduk di beberapa buah taman perumahan di sini cemas seketika apabila sebuah pesawat komersial milik syarikat penerbangan asing terbang dalam keadaan yang rendah pagi tadi.

Beberapa penduduk yang tinggal di Taman Setia Indah, Taman Daya dan Taman Seri Austin mendakwa pesawat terbabit terbang amat rendah sehinggakan mereka menyangka ia sedang menghadapi masalah dan akan terhempas.

“Pesawat terbabit turun dan naik dalam keadaan yang rendah dan berlegar-legar. Saya bimbang kerana ia adalah kejadian pertama seumpama di kawasan ini, takut-takut pesawat itu hendak terhempas,” kata Zakaria Yusof, 40-an, yang tinggal di Taman Setia Indah kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya kejadian pesawat komersial terbang rendah itu berlaku kira-kira 10 pagi dan berterusan sehingga 12 tengah hari tadi.

Seorang suri rumah, Hamidah Ali, 40, pula berkata, beliau tidak menyaksikan kejadian tersebut kerana berada di dalam rumahnya, tetapi tetap cemas dan bimbang apabila mendengar bunyi pesawat yang terbang rendah di kawasan perumahannya.

Pengurus Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Johor Bahru, Ahmad Taufek Abdullah ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya tidak menerima laporan tentang kejadian tersebut tetapi mengakui syarikat Singapore Airlines (SIA) diberikan kebenaran untuk melakukan penerbangan latihan di Lapangan Terbang Senai.

“Bagaimanapun latihan mereka yang melibatkan pesawat seperti Boeing 747, 777 dan Airbus A340 itu adalah di paras 1,500 kaki dan ke atas.

“Latihan yang dijalankan dua atau tiga kali seminggu itu akan mengambil masa sehingga tiga jam,” katanya.


No2umno - Kalau dahulu kapal perang, sekarang kapal pengangkutan. Singapore buat hal lagi. Kalau tidak diluluskan oleh kerajaan Malaysia, mereka tidak lah sekurang ajar sekarang. Pokoknya semua nya salah kerajaan. Kalau berlegar legar dan jatuh kerumah penduduk Johor, tika tu lah baru semua hendak membebel. Lemahnya kerajaan Malaysia.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive