KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 31, 2007

Radzi, Azmi, Syed Razlan vs Shahidan

hard-t.blogspot.
By Lee Kok Liang Sr

BERGOLAK sekali lagi Umno Perlis apabila anak Pak Sheikh Ahmad iaitu Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi membuat kenyataan yang mempertikai kepimpinan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang tidak berkualiti.
Kata Radzi ketika majlis pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya Umno Bahagian Padang Besar: "Perlis akan terus berada di takuk lama sekiranya masih kekal dengan kepimpinan dan tokoh yang lama."

Kata Radzi lagi yang juga Ahli Parlimen Kangar, sepanjang hampir empat tahun beliau menjadi Setiausaha Agung Umno, beliau mendapati Umno Perlis tidak bersatu dan ia memerlukan perubahan kepimpinan politik di Perlis termasuk menggantikan Shahidan.

Teman, Lee Kok Liang Jr dan Hard-T (Me, Myself and I) pun orang Perlis. Lahir di Perlis 47 tahun lalu di kampung Sena, Kurong Anai, Arau. Dibesarkan sekejap di Kodiang dekat sempadan Perlis dan Kedah sebelum emak teman terpaksa balik dan tinggal di kampung asalnya di Kampung Panggas Kecil dekat Chuping, selepas bapa teman meninggal dunia di Pattani, Selatan Thailand.Teman bersekolah di Sekolah Kebangsaan Panggas pada 1967.

Masa tu hidup di Kampung Panggas memang susah, tiada letrik atau air paip. Semua orang kampung guna pelita minyak tanah dan air perigi. Datuk teman atau kami panggil 'Chaq' bersama emak teman dan bapa saudara teman kena tanam padi huma (padi bukit) untuk sara hidup dan macam-macam lagi. Memang susah hidup masa tu.Banyak suka duka teman di Kampung Panggas dulu. Nanti teman cerita masa lain.Tapi, sekarang Kampung Panggas Kecil atau Besar dah lain. Ada kemajuan. Letrik, air paip dah ada. Itulah kemajuan namanya. Tiap tahun teman balik bila cuti dan lihat kemajuan. Dari tahun ke tahun juga teman tengok dari rumah emak teman Bukit Chuping sudah semakin kecil. Ditarah cukup-cukup oleh kilang simen.

Tapi, teman tak la kisah pun sebab demi kemajuan dan kilang simen tu pin banyak bagi pekerjaan kepada orang sekeliling masa mula-mula dibuka dulu.

Seronoknya, Perlis ni kecil je. Sekali HOI boleh dengar.Teman pernah bertugas di Perlis masa Allahyarham Datuk Ali Ahmad jadi Menteri Besar. Tok Ali tu bapa kepada junior teman yang sekarang ni dah jadi Ahli Exco Perlis, Azihani. Jadi teman tau la sikit sebanyak pergolakan politik masa tu. Masa tu juga Datuk Radzi Timbalan Menteri Dalam Negeri, pemimpin Umno Kangar. Rumah dia pun teman selalu pergi kalau dia balik Perlis.Pijak memijak Umno pada masa itu memang berlaku. Dan ramai yang cepat melatah bila Shahidan dihantar kembali ke Perlis untuk dijadikan Menteri Besar. Memang kecoh di kalangan penyokong tiga bahagian Umno iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau.

Datuk Azmi Khalid di Padang Besar masa itu lepaskan jawatan Ketua bahagian yang bakal dicabar orang tertentu, kononnya yang mendapat restu Shahidan. Datuk Radzi masa itu tetap terajui Umno Kangar manakala bahagian Arau, Shahidan sendiri. Datuk Radzi ahli Parlimen Kangar, Datuk Azmi ahli Parlimen Padang Besar dan Syed Razlan ahli Parlimen Arau dan ketiga-tiga mereka ini mesra walaupun suatu ketika dulu hubungan tak mesra berlaku antara Radzi dan Azmi.

Tetapi kini ketiga-tiga ahli Parlimen itu memang ada masalah dengan Shahidan. Teman selalu balik Perlis di rumah emak teman. Kenduri nikah adik lelaki teman tiga tahun lalu pun, Datuk Azmi ada datang. Baik Azmi atau Radzi memang baik, tapi teman kurang kenali sangat Syed Razlan.Mengenai isu dibangkitkan radzi di Padang Besar kelmarin, memang betul rakyat Perlis perlu pemimpin baru yang mempunyai semangat, idealisme dan kepimpinan terpuji untuk bantu penduduk Perlis yang rata-rata berpendapatan rendah.
Orang ramai memang tidak tahu ketidakserasian pemimpin Umno di Perlis sebab tidak dihebah dalam akhbar arus perdana, tetapi hakikatnya, memang panas.

Pernah suatu ketika Shahidan dilemparkan pelbagai tohmahan. Macam-macam hingga dituduh kaki pompuan. Dan Shahidan sudah memberi penjelasan lengkap serta mendedahkan dalang dalam Umno sendiri yang melemparkan tohmahan itu untuk menjatuhkan beliau.

Kenyataan Shahidan

Kebelakangan ini wujud banyak konspirasi berunsur fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Keadaan ini sedikit sebanyak telah menjejaskan kredibiliti saya sebagai seorang Menteri Besar. Saya bukan sahaja menerima tomahan dari pihak pembangkang yang sentiasa mencaci saya dalam ceramah-ceramah mereka, malah yang paling ketara dan menyedihkan saya ialah terdapat beberapa pemimpin UMNO negeri Perlis yang melakukan percubaan jahat mereka untuk menjatuhkan saya. Sehubungan dengan itu, dalam laman web ini saya akan mendedahkan secara terbuka para pemimpin UMNO tersebut agar kita semua dapat berhati-hati tidak mendekati mereka ini kerana saya menganggap mereka ini adalah para pengkhianat dan penjahanam UMNO yang tidak berperikemanusiaan.

Sebenarnya saya telah meluahkan kenyataan dan keluhan peribadi saya dalam Berita Minggu bertarikh 29hb Feb 2004 melalui ruangan khas temubual dengan wartawannya, namun saya dapati banyak kenyataan saya telah diedit oleh pihak Berita Harian kerana dikatakan akan menjejaskan prestasi BN dalam pilihanraya akan datang. Walaupun saya akur terhadap keputusan tersebut tetapi saya berpendapat demi menjaga keutuhan dan kesinambungan UMNO Perlis khususnya, maka dalam laman ini saya akan memberanikan diri untuk mendedahkan hakikat sebenarnya akan perbadi mereka yang sebelum ini saya pendamkan.

Saudara Ammar Hasan selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau adalah perancang utama dalam hal ini.

Beliau mempunyaisatu pakatan jahat bersama saudara Azmi Suboh, Zainuddin Yom (Din Yom) Ketua Penerangan Pemuda Arau, Baharuddin Ahmad (YDP MPK yang dipecat kerana rasuah) dan Bahari Ali (Bekas Ketua Pemuda PAS Perlis) telah mengadakan satu rancangan jahat memfitnah saya dalam usaha menjatuhkan saya sebagai MB.Mereka inilah yang mengedarkan gambar lucah saya yang bertujuan memalukan saya. Mereka inilah yang bertindak menghantar surat keterangan Baharuddin yang cuba menegakkan benang yang basah. Mereka inilah yang menghentam saya dalam SMS dengan bermacam-macam kejian hinggakan sanggup mereka gelar saya beruk tua, raja seks, munafik, babi, keji anak saya yang telah arwah sehinggakan isteri saya menangis setiap hari. Mereka ini yang menuduh saya melakukan rasuah dalam projek-projek yang di miliki oleh Bintong Construction. Mereka tuduh saya ada hubungan sulit dengan Norita. Pelbagai lagi tuduhan yang mereka lemparkan yang saya sendiri sudah lupa.Apakah dosa saya?

Saya mengaku Bintong Construction sememangnya ada memberikan saya sejumlah wang yang besar, tetapi saya tidak menggangap itu adalah rasuah kerana saya gunakan untuk kepentingan UMNO sendiri. Saya tidak nafikan ada terguna wang tersebut untuk keperluan peribadi tetapi itu adalah hak saya yang diberikan oleh syarikat tersebut.Tentang hubungan saya dengan Norita, saya mengaku pernah jadikan dia sebagai anak angkat memandangkan dia ini anak Perlis yang perlu di bantu oleh saya. Saya tidak pernah melakukan hubungan seks dengan dia. Saya sanggup jalankan ujian DNA untuk tujuan tersebut. Saya amat hairan kenapa ada peguambela pembunuh Norita (Sankara Nair) mengaitkan nama saya dalam kes tersebut sehinggakan kes ini terpaksa ditangguhkan sampai selepas pilihanraya.

Saya dikatakan berpakat dengan adik saya Senator Ismail Kassim menggelapkan wang BERNAS. Ini sesuatu yang tidak benar sama sekali kerana wang tersebut telah dipersetujui oleh Lembaga Pengarah BERNAS ketika itu untuk tujuan merampas kembali Parlimen Arau dalam pilihanraya yang lepas. Saya juga dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan YB Mastika Junaidah beberapa tahun yang lalu, kononnya didedahkan oleh seorang bekas pimpinan wanita UMNO Perlis (Che Ah Long) juga amat tidak benar kerana ketika itu saya hanya berbincang mengenai hal UMNO di dalam biliknya di sebuah hotel di Kuala Lumpur.Saya juga dituduh menyalahgunakan wang perbendaharaan negeri Perlis semasa lawatan-lawatan saya ke luar negara.

Saya mengaku sehingga sekarang saya gagal untuk mendapatkan pelabur yang sanggup melabur di Perlis tetapi saya terpaksa berusaha kearah itu. Apakah menjadi satu kesalahan saya membawa keluarga saya bersama? Kenapa ini dijadikan isu? Sebelum ini YB Beseri selalu mempertikaikan saya dalam hal ini, namun setelah beliau saya lantik sebagai EXCO Pelaburan, beliau sendiri mengaku gagal dan tidak berupaya menarik pelabur. Jangan salahkan saya seorang dalam hal ini. Yang merisaukan saya adalah sebahagian besar pimpinan bahagian di negeri Perlis percaya akan hal ini. Bagaimana kita hendak menang? Apakah kita sanggup berikan negeri ini kepada PAS untuk memerintah? Tepuk dada tanya selera. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive