Sepupu Khairy ditemui mati dalam rumah - Utusan Meloya
REMBAU 30 Dis. – Sepupu Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Siti Amrah Mahmud, 72, ditemui mati dalam sebuah bilik berhampiran dapur rumahnya di Kampung Gadong di sini malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Huzir Mohamed berkata, mayat Siti Amrah ditemui setelah polis memeriksa rumah mangsa pada kira-kira pukul 9.30 malam.
“Kita percaya mayat mangsa sudah berada di situ lebih 24 jam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian awal pagi ini.
Mangsa juga merupakan sepupu kepada Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Tampin, Datuk Shaziman Abu Mansor.
Katanya, siasatan awal polis mendapati ada kesan pecah masuk ke rumah berkenaan berdasarkan kepada kesan umpilan pada jeriji rumah itu selain barangan dalam rumah yang diselongkar.
“Polis sedang menyiasat dan mencari bukti daripada tempat kejadian ini. Mayat itu sudah berada di situ lebih 24 jam,” katanya.
Difahamkan, rumah mangsa merupakan antara lokasi untuk Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau berehat sekiranya berada di Rembau atau kawasan sekitarnya.
Sementara itu, polis menahan 18 warga negara asing yang berada di sekitar kawasan berkenaan untuk membantu siasatan polis.
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
22 minutes ago
0 comments:
Post a Comment