KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 31, 2007

RTM tambah masa untuk siar cerita karut

http://foto.home.net.my/img/13871/1/tv1.gif

Warta Perdana RTM Dilanjutkan Kepada 45 Minit Mulai Esok

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Warta Perdana di RTM1 akan bersiaran selama 45 minit mulai esok dalam usaha stesen televisyen itu menyajikan lebih banyak bahan berita dan maklumat kepada para penonton.

Perubahan sempena tahun baru 2008 itu membolehkan penonton menyaksikan warta perdana dari pukul 8 malam hingga 8.45 malam, iaitu tambahan 15 minit daripada waktu siaran sekarang.

"Menariknya, ciri baru yang ditampilkan dalam pengisian kandungan berita ialah lebih banyak berita `human interest', selain berita-berita utama dalam dan luar negara, berita ekonomi, sukan dan cuaca," kata stesen TV itu dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam usahanya menjadikan Warta Perdana lebih mantap dan berinformasi, RTM akan menyampaikan lebih banyak maklumat terkini kepada penonton menerusi liputan lintas langsung selain temubual secara langsung dengan tetamu di studio bagi membincangkan isu atau topik yang mendapat perhatian ramai.

Laporan khas yang lebih terperinci akan turut dimuatkan dari semasa ke semasa, tambahnya.

No2umnO - Maka bermula lah propaganda politik BN sempena menyambut pilihanraya yang ke 12. Membazir....tak der sapa nak tengok. Baik tonton Al Jazeera.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive