dipetik: anjunglarik.blogspot.com
Mulanya saya hendak menulis tentang latah, Si Setiausaha Agung UMNO, Datuk Radzi Sheikh Ahmad yang meminta Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim turun pangkat atas alasan berlaku perpecahan di dalam UMNO Perlis sekarang ini.
Tetapi bila difikir-fikirkan saya hanya akan membuang masa sahaja dengan politikus yang seorang ini. Fikir saya, Datuk Radzi Sheikh Ahmad, hanyalah seorang badut yang pernah menghianati UMNO dan kini menjilat UMNO kembali, Jadi apa perlu saya menyalak kepada orang yang bermuka-muka ini. Lagipun, bukankah ikut tradisi UMNO, masalah dalaman dibincangkan secara dalaman juga, kenapa kini terbalik pula, malah dilakukan oleh seorang Setiausaha Agung UMNO. Apa punya pemimpin , yang suka buat kerja hentam kromo, macam inikah perangai yang hendak dicontohi oleh akar umbi..? Cakap tak serupa bikin...
Apapun, saya merasakan tindakan berani beliau ini adalah disebabkan, samada Datuk Radzi Sheikh Ahmad, memang tergila-gilakan jawatan MB tu, sampai lupa tatacara UMNO atau pun beliau telah menerima mandat besar , yang datang dari orang yang besar, yang juga mahu membesarkan isu agar turut dapat mempebesarkan kroni-kroni nya...
Apapun ada satu isu yang lebih menarik untuk dibincangkan, iaitu isu yuran sekolah (dah lama nak tulis, tapi tak sempat-sempat). Dalam perkara yuran ini, saya baru menerima salinan pekeliling sekolah mengenai yuran sekolah bagi sessi 2008 dan amat mengecewakan saya, apabila melihat fakta yang tertera pada pekeliling itu amat jauh terpesong dari fakta yang Pak menteri kita sering war-warkan.
Sekira nya ada orang yang befikir bahawa 100% yuran itu percuma, ternyata anggapan itu meleset samasekali ataupun orang yang mendengar dan menyokong kenyataan tersebut hanya membuat sokongan membawa rebah..Yang dimansuhkan hanyalah yuran yang "seciput" tu, tetapi yuran tambahan pula, tumbuh bak cendawan melata ...selepas hujan..Amat mengerunkan sekali bila melihat angka-angka yang tertera.
Hinggakan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang, terpaksa bermain dengan kata-kata, konon nya kita ni bodoh sangat. Lihatlah kata-kata beliau yang cerdik ini :
"Kita kena perbetulkan perkara ini. Yuran sekolah sudah dihapuskan dan pelajar kini bebas daripada dikenakan sebarang yuran.
"Apa yang dilaporkan dalam akhbar ialah bermaksud sumbangan untuk membolehkan sekolah berkenaan melaksanakan pelbagai aktiviti tambahan nanti. Ini bukan yuran," katanya.
Aduhai Tan Sri Dr Zulkurnain Awang, yang kaya.....Kalau bukan yuran pasti nama nya "sumbangan"...tetapi hendak juga kita bertanya...samada ini sumbangan ikhlas atau sumbangan terpaksa...? Walau apa pun bentuk namanya , bayar tetap kena bayar. (teringat Politik wang a.ka. Rasuah politik a.ka. rasuah). Apa yang hendak diperbetulkan oleh beliau...?
Dalam pembentangan baget 2008, yuran khas sekolah yang dimansuhkan, hanyalah RM4.50 untuk sekolah rendah RM9.00 untuk menegah, tapi saudara Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, terlalu mewar-warkan pasal pemansuhan yang kecil itu dan tidak praktikal lansung dalam menangani kos-kos berkaitan persekolahan anak-anak kita.
Malah Dato' Seri Hishammuddin juga menetapkan agar yuran tambahan sekolah rendah dan menengah tidak boleh melebihi kadar yang ditentukan. Dan yuran ini dibahagikan kepada beberapa kategori pula, iaitu :
* Kategori A: membabitkan golongan berpendapatan tinggi dengan yuran dikenakan sebanyak RM38.50 dan RM55.50.
* Kategori B: RM30.50 dan RM44.50
* Kategori C: RM23.50 dan RM33.50.
Catatan :Khabar nya, kadar ini boleh ditetapkan pada kadar yang munasabah tertakluk kepada kemampuan ibu bapa selepas perbincangan dengan PIBG.
Tetapi lihat sahaja contoh pekelilig di atas...., "jauh panggang dari api ".
Dato' Seri Hishammuddin juga telah melontarkan perkataan yang pasti mengguris hati ibu-bapa (teringat kenyataan yang hampir sama pernah dikeluarkan oleh seorang senator wanita, yang berduit satu ketika dahulu.)
"Walaupun bayaran ini bukan diwajibkan, tetapi bagi saya setelah 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, mustahil ada ibu bapa yang tidak mampu langsung untuk menjelaskannya,"
Tahukah Dato' Seri Hishammuddin, masih ramai lagi orang Malaysia yang masih kurang mampu walau gaji beribu-ribu?....malah ada yang hidup di bawah paras kemiskinan..antara bukti nya, lihat sahaja rancangan “Bersama mu” oleh TV3 (atau Dato tidak menonton nya?). Tiada yang mustahil dalam dunia ini...malah ada bahagian di Semananjung Malaysia ini, masih tiada bekalan Elekterik dan Air, walaupun dah 50 tahun merdeka..apatah lagi di Sabah dan Serawak..cubalah realistik sikit Dato' Sri....
Dato' Seri Hishammuddin, harus bercakap, berpandukan kehidupan sebenar kelompok majoriti rakyat negara ini dan bukan nya dalam kelompok mewah dan kelompok elite minoriti, beliau sekarang ini. Jangan cakap sedap mulut sahaja. Bagi kami rakyat yang sederhana, 1 sen pun berguna kepada kami….
Disini walauapapun kata-kata orang politik yang mewah ini, untuk menyedapkan minda dan perasaan kita, kita akan tetap kena menanggung kos-kos, yang membebankan ini…(Sama juga isu tol naik, tetap kena bayar juga..takda masalah , kan.. Pak menteri..). Bukankah benar kata pepatah melayu “Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul”…
Wahai golongan elite ingatlah walaupun kami miskin wang, tapi kami kaya budi bahasa.... Budi bahasa kan amalan kita....!!!!!! apapun bayar tetap bayar....apa nak buat..? Tepuk dada tanya selera...
p/s: Kata orang tua-tua..."kalau takut tersandung batu, jangan asyik mendongak ke langit……"
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
7 minutes ago
0 comments:
Post a Comment