dipetik: ntbn.wordpress.com
Kaum India sudah berpatah arang dengan BN. Usaha membaik pulih perhubungan memaksa Tuan Samy berhasrat untuk mengunjungi pemimpin India. Kononnya untuk memperbaiki keburukan yang ada pada dirinya. Manakala Barisan Nasional mulakan mainan tabur janjinya. Kononnya kembali mengambil berat tentang kedudukan kuil di malaysia. Kebajikan, BN masih tidak bercakap walau sepatah.
Jeritan S. Paranjothy adalah langkah BN untuk menahan lukah. Kaum India yang tidak bijak berfikir sudah pasti akan terjerumus keperangkap yang dipasang oleh Gerakan dan UMNO. Paranjothy beranggap Kaum India seperti dahulu lagi. Hulurkan wang, hulurkan bantuan, kaum India kembali sayang menyanyang.
Parti Keadilan Rakyat sudah menghidu mainan politik Paranjothy lalu mereka tawarkan jawatan untuk menduga sejauh mana ikhlas dan tulusnya perjuangannya. Sehingga kini tawaran tidak dijawab. Manakala UMNO pula tidak berani untuk menghalau dia keluar kerana itu lah rancangan mereka. Mahu menjadi HERO tapi terus duduk di dalam Gerakan. Gerakan hanya pada nama, tetapi Paranjothy tidak bergerak bebas di dalam Gerakan, kecuali menjadi pemain simpanan untuk masa kecemasan.
Usaha penipuan Paranjothy tidak berjaya. Kaum India tidak tertarik dengan perjuangannya. Kenapa ketika Samy Vellu ditentang, baru lah muka Hero Tamil ini muncul? Sebelum ini dia lah yang bersekongkol dengan Tuan Samy untuk menipu bangsa India. Kaum India tidak lagi bodoh serupa dulu. Kalau diberikan ladang sekali pun, kaum india tidak akan kembali menyokong kerana semua yang datang dari Barisan Nasional, adalah janji kosong.
Paranjothy kini terdiam. Kononnya mahu jadi HERO rupanya terus menjadi BARUA Gerakan dan Barisan Nasional.
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
49 minutes ago
0 comments:
Post a Comment