dipetik: tranungkite
Artikel Oleh Reformis Muda
Entah kenapa, hantu mana yang merasuk Najib di keningau Sabah, dia macam dirasuk apabila berucap dan menuduh Pembangkang cuba membawa cara politik ganas Pakistan, Benazir Bhuto yang dibunuh dia pula yang naik angin. seolah olah Benazir ditembak di Kuala Lumpur apabila Najib cuba "spin" apa yang berlaku di Pakistan itu dan cuba mengaitkan Pembangkang. samada Najib melatah kerana pening kepala akibat perang besar yang bakal berlaku antara team dia dan team Paklah ataupun satu petanda " orang buat tabiat" sebelum karier politiknya nya menemui ajal.
Apakah Najib bodoh atau tak reti bahasa apabila cuba mengaitkan Pembangkang. ramai juga yang hairan dengan Najib kenapa dia senyap sunyi dalam kes Hindraf yang jelas berlaku didepan mata, dan membiarkan Paklah bersilat berseorangan melawan Hindraf tetapi dia mengamuk sakan bila Benazir Bhuto dibunuh. kenapa Najib tak mengamuk semasa hangat isu Hindraf diperkatakan . Najib senyap sunyi, dan seolah olah gembira apa yang menimpa kerajaan Paklah. kerana inilah masanya dia melakukan undi tidak percaya menjelang perhimpunan Agung Umno tahun hadapan. saya akan melawan teori Datuk Ron dan Bloger Anti Khairy yang cuba megaitkankan menantu Paklah dalam fenomena Hindraf. sebenarnya Hindraf adalah petanda dan misteri ada "tangan ajaib" kem Najib cuba menjatuhkan kem Paklah.
Masalah Umno bukan hanya soal parti Gerakan dan Mic tetapi perang sudah marak dari dalam. Kredebiliti Paklah kini cuba digangu gugat samaada dari dalam mahupun luar. caranya , Najib menggunakan bantuan luar Parti untuk menunjukkan kepimpinan Paklah tidak lagi diterima oleh parti komponen dan masyarakat cina dan juga india di Malaysia. Najib tahu orang melayu Umno tak boleh dipercayai ,kerana Khairy telah mencengkam pemuda dan bahagian bahagian Umno. hari inipun petandanya makin jelas, cerita disebelah kem Paklah pula diperkuatkan lagi dengan berita hangat apabila Datuk Radzi Sheikh Ahmad secara terbuka mencadangkan Shahidan Kasim digantikan, kerana Shahidan juga orang Najib! begitu juga sebelum ini melibatkan Khir toyo , Khir Toyo pun membuat pengakuan penggal ini mungkin terakhir dia menjadi MB Selangor.kita juga tahu Khir Toyo juga dalam kem Najib dan bukan lagi rahsia cakap cakap politik Khir mahu merebut jawatan Ketua Pemuda, Khir toyo seolah olah mahu mencabar cita cita Khairy yang mahu menjadi PM sebelum umur 40. dalam Umno kini sudah ada macam " Najib Team Cleansing" pembersihan kem Najib. dengar dengar cakap Politik Tajol Rosli juga bakal diganti, kerana orang Paklah sudah dapat mengesan Najib mengadakan Mesyuarat tertutup dengan kepimpinan Umno Perak dibagunan Kerajaan negeri, kali terakhir ketika najib merasmikan sukan belia di Stadium Indera Mulia Perak. cuma kem Paklah menunggu sebab besar untuk menggantikan Tajol Rosli.
Jadi kita usahlah berasa bimbang dengan amukan Najib semalam, masalah sebenar najib bukan soal Benazir Bhuto, bukan soal pembangkang, tetapi dia kepanasan kerana kini kerja kerja pembersihan kem Najib sedang berlangsung. mungkin giliran Najib pula selepas pilihanraya, andai BN kalah teruk Paklah pula bakal dimangsakan Najib dengan undi tidak percaya terhadap Paklah!! namun dalam kem Paklah mereka bukan tidak boleh menjangka perkara tersebut bakal dilakukan Najib, bukanlah bodoh sangat kem Paklah ini, atas sebab itu orang orang Najib akan dipancung dahulu satu persatu sebelum pilihanraya, agar bila BN kalah teruk Najib akan berseorangan andai bercita cita melawan Paklah.
Yang untungnya sekarang adalah ANwar, itulah sebabnya Najib sudah naik angin, asalnya isu Hindraf mahu dugunakan sebagai senjata dua serampang iaitu kepada Paklah dan kepada Pembangkang.
Najib mahu tuduh ANwar orang kuat Hindraf, mahu bagi orang melayu benci kepada ANwar! apa yang berlaku adalah sebaliknya, Anwar kini mendapat sokongan hebat akar umbi dari seluruh lapisan masyarakat, buktinya lawatan terbaru ANwar ke Kedah Anwar menerima sokongan luar biasa akar umbi dan yang amat luar biasanya sambutan masyarakat India. lebih teruk lagi apabila peluru Najib berpatah balik kepadanya . kini kem Paklah kini bertindak balas melakukan pembersihan kem Najib apabila mengetahui Hindraf dan Gerakan mainan politik kem Najib. itu sebab Najib kini megamuk sakan.
Najib ada Rekod tembak dan Bom Perempuan.
Kematian benazir bhuto dan politik ganas Pakistan tiada kena mengena dengan soal pembangkang. Najib jangan lupa bahawa orang dialah selama ini yang telah menggunakan kaedah pembunuhan Benazir Bhuto.dalam pembunuhan Politik negara lain termasuk kesRafiq Hariri, Jamal Nasir adalah melibatkan ahli politik lelaki. satu satunya orang politik yang menggunakan kaedah pembunuhan Benazir Bhuto dan melibatkan juga wanita adalah Najib. orang Najib telah menembak altantuya sebelum meletupkannya menggunakan C4.sama dengan cara dengan pembunuhan Benazir jadi janganlah najib cuba memutar belit fakta.silap sialp Najib bakal disiasat FBI kerana gaya pembunuhan Benazir sama dengan kaedah yang dugunakan najib, dan pembunuh Benazir mungkin anak didik Najib.jadi kita minta Najib bawa bawa sedarkan diri. Najib meracau mungkin akibat demam panas yang sedang melanda dalam teamnya.
Selamat berlawan diucapkan kepada Najib dan Paklah.
Bagi kita Lawan Tetap Lawan..!!!
Reformis muda
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
6 minutes ago
0 comments:
Post a Comment