Kisah Menyayat Hati Mangsa Banjir Pahang
dipetik: pasns
BERITA 1
Untuk makluman sahabat semua, banjir kali ini begitu luar biasa.Sepanjang 30 tahun menetap di Jengka,inilah kali pertama saya merasai suasana banjir. Pernah pada tahun 1988 ,air sungai Jengka menenggelamkan jalanraya menghubung Jengka 16 dan 15, tetapi hanya sedalam satu kaki sahaja. Tetapi tragedi 10 Dis yg lalu,cukup luar biasa.Di tempat yang sama , ketinggian air mencecah hidung saya ! Paling tidak diduga , saya yang terperangkap bersama Unit Amal pada malam itu, pulang ke rumah esoknya menaiki bot di atas jalanraya yang setiap hari sejak 30 tahun yang lalu saya melaluinya dengan kenderaan darat.
Seorang mangsa banjir di Jengka 17 yang berada di rumah anaknya di Kuala Lumpur ketika kejadian, sehingga hari ini belum pulang melihat rumahnya kerana tidak percaya rumahnya dilanda banjir. Mungkin peneroka itu akan separuh sasau bila dia pulang kerumahnya nanti menyaksikan harta bendanya sudah menjadi 'bangkai'.
Tetapi yang mengecewakan ,tiada sebaris beritapun di dedahkan oleh media arus perdana. Banjir telah surut di Jengka. Penduduk diarahkan pulang. Tetapi mereka belum bersedia untuk pulang. Rumah yang tiada api elektrik, tiada air bersih, tiada segalanya. Mereka pulang untuk mengkebumikan segala harta benda mereka yang musnah. Mereka tiada bantal , tiada selimut, tiada makanan, tiada minuman.
Ketika menghantar makanan tengahari 16 Dis Ahad, di sebuah rumah yang mempunyai anak kecil,saya sempat bertanya ibu mereka ,apa sarapan mereka pagi tadi? Si ibu menjawab,saya sarapan bersama anak dengan ubi kayu bakar .Ubi itu saya temui dalam air banjir.
Saya juga sempat bertanya seorang ibu yang menerima sumbangan makanan tengahari pada hari sebelumnya,apakah mereka mendapat sumbangan makanan untuk makan malam. Ibu itu menjawab, kami makan sekali tengahari yang disumbangkan oleh Uni Amal ,malamnya tiada makanan lagi. Aduhai ,saya tidak mampu meneruskan cerita.
Unit Amal yang membantu operasi pembersihan setakat ini hanya mampu membersihkan sekitar 10 peratus dari lebih 160 buah rumah yang ditenggelami air hingga mencecah syiling di dalam DUN Jengka sahaja.
Lantaran itu saya sangat mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat dari seluruh negara bagi membantu operasi bersih dan bantuan kemanusian ke Jengka dan kawasan berhampiran yang masih ditenggelami air.
Maklumat lanjut hubungi, Ustaz Aris Fezul Penyelaras Amal Kawasan 0199855883 atau SU Engku 0199170654
BERITA 2
Ketika pihak media mendedahkan kononnya penglibatan pihak NGO dalam membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh NNegara pada tahun ini sangat berkurangan berbanding di Johor tahun lepas, Pasukan Unit Amal mendahului pihak-pihak lain menghulurkan bantuan kepada seluruh mangsa banjir tanpa mempedulikan latar belakang pegangan politik.
Di Temerloh, Pengarah Operasi Bantuan Banjir Kawasan Temerloh ,Saudara Syed Hamid mengakui pihaknya telah membelanjakan lebih RM 15 Ribu bagi membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan tersebut.
Tambah Syed Hamid, lebih 700 keluarga yang terlibat dalam banjir terbesar sejak 30 tahun telah menerima sumbangan dari kawasan Temerloh.
Terdapat Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menghubungi saya mengakui Unit Amal merupakan organisasi yang terkehadapan dalam membantu mangsa banjir,ujar beliau.
Sementara itu Kawasan Maran telah mengeluarkan belanja mencecah RM 10 Ribu untuk membantu 500 keluarga yang terlibat dengan banjir.
Ketua Lujnah Kebajikan Kawasan Maran,Saudar Jaafar Mat Tam berkata,Chenor menjadi daerah teramai melibatkan perpindahan mangsa banjir.
Tambah Jaafar,selain menyalurkan bantuan beras ,air bersih menjadi keperluan utama penduduk yang menjadi mangsa banjir.
Bagi kawasan Felda di Jengka,banjir yang melanda pada 10 Disember lalu adalah di luar jangkaan penduduk. Seorang anak peneroka Felda Jengka 15,Engku Nurzaman Engku Muhammad 38 tahun mendedahkan,sepanjang menetap di Jengka semenjak lebih 30 tahun lalu, inilah kali pertama banjir melanda seluruh Jengka.
Katanya,pada tahun 1988 pernah berlaku sedikit banjir yang menenggelamkan jalan raya menghubungkan Jengka 15 dan 16,tetapi hanya sekitar satu kaki sahaja.
Tetapi kata beliau,banjir kali ini hampir menenggelamkan hingga paras leher beliau.
Sementara itu Pengarah Amal Kawasan Kuala Krau, Ustaz Aris Faizul Ismail berkata walaupun tanpa persedian menghadapi banjir ,pihaknya bertindak pantas mengarahkan semua anggota amal menjalankan operasi bantuan sebaik saja banjir mulai melanda sekitar jam 9 malam. Operasi Unit Amal yang pertama ialah memindahkan mereka yang terperangkap di dalam kenderaan di jalanraya Jengka 15&16 yang pertama ditenggelami air.
Kami juga turut membantu mengeluarkan kenderaan yang tenggelam di dalam banjir di Matau Bandar Pusat Jengka.
Pada malam tersebut juga Unit Amal telah mewujudkan Unit Kawalan yang meninjau kawasan-kawasan berpotensi dinaikki air.
Pada hari pertama banjir,Unit Amal telah menyediakan makanan untuk mereka yang terperangkap di dalam banjir.Bantuan makanan harian juga terus dilaksanakan hari ini.
Unit Amal juga sedang bertungkus lumus menjalankan operasi pembersihan di rumah-rumah mangsa banjir.
Bagi penduduk Matau Bandar Pusat Jengka,sumbangan yang disampaikan oleh MTD Jengka adalah sumbangan pertama yang pernah mereka terima semenjak beberapa hari menjadi mangsa banjir.
Seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kebajikan penduduk Matau,Encik Sabri berkata pihak kerajaan telah beberapa kali meminta senarai mangsa banjir daripada beliau tetapi hingga hari ini tiada sebarang sumbangan diterima.
Seorang pemimpin wanita Umno di Matau melahirkan rasa kecewanya kerana pemimpin yang mereka angkat selama ini tidak langsung menunjukkan kesungguhan untuk membantu mereka. Beliau yang di kenali sebagai Mak Cik Odah mengakui selama ini di rumah beliaulah mesyuarat-mesyuarat Umno di adakan,tetapi ternyata sokongan nya kepada parti tersebut tidak mendatangkan hasil.
Dec 17, 2007
KECEWA PADA UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment