Radenjowo - Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi meminta Peguam Negara mengkaji semula pertuduhan ke atas 31 demonstrasi Hindraf atas alasan mereka diperdaya pimpinan Hindraf.
Berharap agar tindakan itu boleh menyejukkan rasa marah kaum India terhadap kepimpinan Barisan Nasional. Sebelum ini pun sudah kedengaran ura ura tentang usaha melepaskan mereka. Berita dari pihak UMNO sudah kedengaran. Ini berikutan kebimbangan UMNO akan ujudnya perasaan benci yang semakin jelas dari kaum India. Samy tidak memberikan komen tetapi langkah bodoh kepimpinan UMNO meletakkan diri nya di dalam keadaan yang serba salah. Mahu dilagakan dengan SMS, Melayu dan India tidak ambil peduli. Mahu dibakar api perkauman, rakyat sudah tak ambil tahu. Dan hari ini PM terpaksa lepaskan 31 penyokong HINDRAF.
Samy sentiasa merasa rugi dan sentiasa dipinggirkan. Dirinya kaya, kaumnya menderita. Kerana tindakan kerajaan terhadap HINDRAF, menyebabkan beliau tidak sesenang dulu untuk berkunjung ke kampung halamannya di India. Pilihanraya sudah hampir, India adalah destinasi penting baginya. Orang disana sudah pasti memaki hamun di atas tindakan kerajaan. Kalau pun Samy boleh memberikan seribu alasan, tetapi sikapnya membiarkan kuil berumur 100 tahun dirobohkan memang tidak dapat diampunkan.
Samy pening kepala. Benci kaum India padanya tidak boleh dibendung bendung. Samy masih ingat peristiwa Rimba Jaya. Beliau dihina dan dicaci oleh kaum India tanpa segan silu. Tidak tahan dikritik dan dikutuk, dia terpaksa berpatah balik untuk kekeretanya dan melangkah pergi. Samy tahu kuil itu akan dirobohkan, tetapi Samy tak sanggup membantah kerana UMNO berinya pangkat, UMNO berinya kuasa.
Sejak perhimpunan HINDRAF tempoh hari, Samy tidak tonjolkan mukanya lagi. Sedih sungguh hati nya sehingga lah Gani Patail mengumumkan pelepasan pada 31 orang penyokong Hindraf hari ini. Pada yang bebas, mereka berasa lega kerana jika disabit kan dengan alasan cuba membunuh, hukumannya sudah pasti berat. Abdullah datang sebagai HERO. Untuk tidak mahu dirinya dituduh berdolak dalik, beliau mengatakan bahawa penyokong HINDRAF mengaku ditipu oleh pemimpin mereka. Pak Lah tidak salah, penyokong HINDRAF yang salah kerana sokong HINDRAF membabi buta dan biar diri mereka ditipu.
UMNO bimbang kalau kalau bangsa lain membenci mereka. Kalau bangsa Melayu boleh ditipu, bangsa lain sukar sekali. Berilah apa pun kepada bangsa lain asalkan UMNO boleh terus memimpin. Mahu kerusi lebih di dalam Parlimen, UMNO boleh berikan. Mahu tanah lebih, UMNO boleh berikan, Mahu jadi pemimpin di kawasan Melayu, Umno boleh berikan dan mahu bangsa lain bebas dari tertuduhan, UMNO pun boleh lepaskan. Persetan dengan Melayu. Melayu marah tidak sampai kemana. Melayu dengan sikap bermusuh sesama sendiri terlalu sukar untuk bangun bersama. Selepas penyokong HINDRAF kini UMNO cuba lepaskan ketua samseng,Tengku Goh pula.
Insiden Batu Burok dan Hindraf sama bentuknya. Cuma di Batu Burok, peserta di tembak dan hampir hilang nyawa. Kini yang ditembak menanti untuk dibicara dengan pertuduhan yang sama, cuba membunuh.
Penyokong HINDRAF boleh lepas, tapi penyokong BERSIH tidak tentu lagi. Ini kerana UMNO tidak perlukan Melayu. UMNO mampu hidup tanpa Melayu. UMNO boleh terus duduk disinggahsana dengan sokongan bangsa lain. UMNO sanggup menjadi ikan tempel tapi kuasa seperti jerung.
Bila diwartakan yang Melayu termiskin di Malayisa, UMNO diam tak berkata, Melayu diam seribu bahasa. Melayu tiada nilai, melayu tiada maruah. Tidak ubah seperti sampah yang kalau dikaut menyusahkan dan biarkan Melayu hanyut di kuala sungai. Bila air surut, Melayu terus ke tengah laut. Melayu marah tapi Melayu tidak dapat berbuat apa apa kerana UMNO tahu, Melayu bercakap memang hebat tapi kalau disergah Melayu terus pucat.
Dec 17, 2007
UMNO TERUS GAGAH TANPA MELAYU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment