(gambar: keadaan setenang air lautan)
SMS yang beredar sejak beberapa hari yang lepas telah memberitahu terdapatnya rusuhan kaum pada 15 dan 16 haribulan Disember 2007. Selepas 2 hari berlalu, tiada apa apa yang kelihatan selain dari ketenangan yang tidak terjejas. Hati bertanya tanya, bila lagi? Aku pun ada terima, tapi aku ketawa sendiri. Semua teman teman pun sudah tahu akan kemungkinan ini. Mereka pun semua sudah matang. SMS begini sudah dijangkakan akan teredar kerana senario politik sekarang yang membuat ada pihak yang tidak senang duduk. Tapi rakyat tidak lagi bertindak bodoh selain menyiasat terlebih dahulu sebelum bertindak.
Di telek berita setiap hari, tiada apa apa berlaku. Malahan pengedar SMS masih tidak ditangkap untuk dituduh dibawah akta hasutan atau ISA sekali pun. Ini menunjukkan sesetengah berita dan sms yang disiarkan berharap agar rakyat bangun dan turut memberontak, TIDAK BERHASIL.
SMS yang diharap dapat menakut nakutkan bangsa dan penduduk negara, akhirnya menjadi lawak selepas ini. Jangan anggap rakyat masih bodoh seperti dulu. Pengalaman cucuh api, kaedah tahun 1969 itu tidak menjadi. Ada pihak yang berharap keadaan menjadi kacau bilau dan muncul lah HERO sepanjang zaman datang membawa arus perdamaian. KONONnya.
(gambar: Makcik-makcik masih boleh berlenggang membeli barang, sambil bercerita tentang rancangan TV malam tagi)
Kita tunggu apa kata polis, samaada punca SMS itu berjaya ditangkap atau dibiarkan lepas. Teka teki akan terurai. Kalau dipihak lawan, sudah pasti penghantar SMS dikenal pasti, tapi kalau dipihak mereka, ianya akan senyap tanpa berita.
Pasti penghantar SMS kecewa dengan keadaan yang dingin dan tidak mendapat sambutan itu. Kepada pencetus perdamaian itu, buat lah lagi ..... tapi biarlah dengan penipuan yang bijak.
Rujukan
Malaysia is heading for disaster when voters are easily swayed by ...
Dec 17, 2007
USAHA SMS CETUS PERKAUMAN KECEWA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment