mStar Online
Satu-satunya stesen radio berita, yang baru beroperasi lebih tiga bulan, kini berdepan dengan kemelut apabila menyiarkan kenyataan seorang tokoh pembangkang minggu lalu.
mStar Online difahamkan, pihak pengurusan Radio 24 yang dikendalikan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), sebuah agensi bawah Kementerian Penerangan, bermesyuarat hari ini bagi menentukan tindakan yang wajar diambil.
Radio itu, yang beroperasi sejak 3 Sept, menyiarkan secara langsung kenyataan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di sidang akhbar bersama beberapa pemimpin PAS dan DAP pada 12 Dis.
Di sidang media itu, Anwar menyatakan hasrat parti-parti pembangkang untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membicangkan isu-isu perpaduan nasional, susulan perhimpunan besar Pasukan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) dan tangkapan pemimpin-pemimpin pembangkang, khususnya yang menganjurkan perhimpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).
Sidang media itu turut dihadiri setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali.
Keputusan mesyuarat berkenaan dijangka diketahui petang ini, menurut satu sumber di stesen radio itu.
BILA WALAUN OTAK TERBALIK
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment