KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 29, 2008

6 Atau 22?

Semalam saya membaca berita di laman web Bernama. Antara yang menjadi tajuk utama adalah kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Malaysia berada di tangga kelapan dalam konteks daya saing negara di peringkat dunia.

Kajian tersebut dikelola oleh IMD yang berpangkalan di Switzerland, merangkumi kajian kebolehsaingan pentadbiran dan ekonomi di 55 buah negara.

Cuma saya sedikit pelik, apabila saya mengakses ke laman web IMD untuk merujuk hasil kajian [IMD Scoreboard] tersebut, ianya menunjukkan yang Malaysia di tangga ke-23, jatuh satu anak tangga berbanding tahun lepas di tangga ke 22.

Dan hari ini, Dato Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan sebagai respon balas kepada kenyataan PM semalam.

Merujuk kepada Laporan Daya Saing Dunia 2007 seperti yang dipetik oleh Perdana Menteri, hakikatnya Malaysia hanya menduduki tempat ke 23 di dalam dunia. 15 daripada 22 negara yang menduduki tangga lebih tinggi di atas Malaysia pada tahun 2007 mempunyai populasi kurang daripada 20 juta penduduk, manakala 7 daripada 22 negara tersebut melebihi 20 juta penduduk.

Kedudukan kebolehsaingan Malaysia pada tahun 2006 adalah di tangga 22, dan pada tahun 1997 di tangga ke-17.

Sekonyong-konyong saya terus dihambat persoalan, mana yang perlu saya percaya..

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive