KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 29, 2008

ADA HARAPAN KAH LAGI?

Kes Sharlinie: PGA, helikopter bantu jejak budak hilang

PETALING JAYA: Polis memperhebatkan operasi mencari Sharlinie Mohd Nashar, 5, termasuk menggunakan helikopter dan mengerahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi memeriksa rumah serta kawasan yang berpotensi menjadi tempat kanak-kanak itu disembunyikan.

Dalam gerakan besar-besaran yang disertai 200 anggota PGA Briged Utara bermula jam 4 pagi semalam, polis turut memeriksa rumah kongsi di kawasan pembinaan di PJS3, kira-kira empat kilometer dari rumah mangsa di Taman Medan dekat sini.

Anggota forensik juga menyertai gerakan itu bagi membolehkan pemeriksaan dan ujian termasuk DNA dilakukan serta merta terhadap mana-mana suspek yang ditahan berhubung kehilangan Sharlinie.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata bantuan PGA dikerah sejajar arahannya supaya semua Ketua Polis Daerah melaksanakan tindakan dan pemeriksaan bersepadu di seluruh negara bagi mengesan Sharlinie yang hilang sejak 9 Januari lalu.

"Kehadiran anggota forensik pula sebagai persediaan dan membantu operasi itu," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Sharlinie dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya, Sharliena, 8, di taman permainan berdekatan rumahnya, kira-kira jam 11.30 pagi, 9 Januari lalu.

Pemangku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Jamaluddin Khalid ketika dihubungi pula berkata, sebuah helikopter disediakan khusus bagi membantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengesan Sharlinie sejak Jumaat lalu.

"Seorang pegawai PGA ditugaskan bersama anggota Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan dari udara sebarang rumah atau bangunan kosong di sekitar Petaling Jaya yang berpotensi menjadi tempat mangsa disembunyikan.

"Maklumat kedudukan premis itu akan disalurkan kepada anggota di darat bagi tujuan pemeriksaan. Selain itu, kawalan di sempadan terutama di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (KIK) di bawah PGA turut dipertingkatkan bagi memastikan kanak-kanak itu tidak dilarikan ke luar negara.

"Anggota PGA di KIK sudah diberi taklimat khas berhubung kes Sharlinie bagi memastikan mereka memperketatkan kawalan dan pemeriksaan di sempadan," katanya.

Beliau juga berkata, kira-kira 200 kereta peronda polis (MPV) di Lembah Klang yang mempunyai sistem Terminal Data Bergerak (MDT) sudah memasukkan gambar Sharlinie bagi memudahkan pengesanan kanak-kanak itu.

Sementara itu, pada sidang media di pejabatnya semalam, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad, berkata dalam operasi semalam polis memeriksa 79 pekerja Indonesia, India dan Myanmar di rumah kongsi berkenaan. Bagaimanapun, polis tidak menemui petanda kemungkinan Sharlinie pernah disembunyikan di rumah kongsi itu.

Arjunaidi berkata, remaja lelaki berusia 16 tahun yang ditahan Selasa lalu kerana didapati membuat panggilan mengugut keluarga Sharlinie dibebaskan dengan ikat jamin jam 9 malam tadi.

"Walaupun dibebaskan, kita masih boleh memanggil semula remaja itu dan mendakwanya pada bila-bila masa," katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive