darigaunghati.
Umno gagal basmi kemiskinan, kemiskinan ada dimana-mana hatta di negeri yang konsisten diperintah Umno seperti Pahang Darul Makmur.
Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Maran, Ustaz Ramli Abdul Rahman menyifatkan kenyataan pemimpin Umno/BN kononya kemiskinan telah dibasmi (suatu ketika dahulu) adalah kenyataan kosong kerana kini isu kemiskinan itu masih menjadi bahan kempen pilihan raya Umno.
“Umno mempunyai cukup masa untuk melaksanakan program membasmi kemiskinan sejak 50 tahun berkuasa tetapi malangnya mereka tidak melakukanya dengan bersungguh-sungguh.“Membasmi kemiskinan masih lagi menjadi modal Umno/BN dalam menghadapi pilihan raya. Kali ini kerajaan mensasarkan tahun 2010 untuk membasmi kemiskinan tegar,” ujarnya
Bagi menghadapi pilihan raya Umno melancar berbagai program semuanya menjurus kearah meningkatkan taraf hidup rakyat, meningkatkan ekonomi dan sebagainya.
Ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan semakin hampir dengan tarikh pilihan raya semakin banyaklah papan tanda projark akan didirikan - itu pemandangan biasa menjelang pilihan raya.
Ramli berkata, kegagalan Umno dapat dilihat semasa berkunjung kerumah Ramlee Mohamed 43, dikampung Paya Kerbau, Bukit Segumpal, Maran.
Menurutnya Ramlee mengakui beliau adalah ahli Umno sejak sekian lama. Kesusahannya tidak mendapat perhatian pihak berkuasa, Ia menimbulkan persoalan kenapa insan seperti Ramlee ini gagal dibantu.
Mungkinkah beliau ini adalah mangsa pilih kasih yang diamalkan Umno apabila permohonanya untuk dimasukkan dibawah Program Pembangunan Rakyat termiskin (PPRT) dan permohonan untuk menjadi peserta Felcra juga gagal.
Beliau yang tinggal dipondok usang memerlukan bantuan bagi membina rumah yang lebih selesa.
Ustaz Ramli sendiri merasa hairan kerana pihak berkuasa gagal menilai kemampuan Ramlee.
“Ramlee adalah mangsa keadaan, baliau adalah kegagalan kerajaan Umno/BN,” ujarnya.
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
36 minutes ago
0 comments:
Post a Comment