KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 29, 2008

Bangsaku Bodoh


msomelayu

Apa Yang Pemimpin Umno Boleh Lakukan Terhadap Samy Vellu.

MSO

Presiden MIC Samy Vellu tidak perlu gusar dengan kedudukannya hari ini yang berhasrat untuk terus mempertahankan kerusi parlimen Sungai Siput. Kita percaya beliau akan diberi laluan untuk terus bertanding di Sungai Siput untuk penggal yang ke sembilan. Sudah lapan penggal Samy Vellu bertapak di situ.

Walaupun ada suara bantahan daripada sesetengah bangsa Umno terhadap Samy Vellu namun ia tidak akan membawa apa-apa makna. Rasa kurang senang kepada Presiden MIC itu tidak akan membawa apa-apa makna kepada dirinya. Samy yang dikenali mempunyai politik anjal dan berliku tahu dan arif bagaimana hendak melepaskan dirinya.

Acap kali Samy Vellu sudah terbalut dalam pukat atau jala politik ekoran tindak tanduk dan keceluparan mulutnya sehingga hampir satu ketika hampir melemaskan dirinya. Tapi akhirnya dia terlepas juga daripada balutan berkenaan.

Memberi masalah

Mengapa saya merasakan Samy Vellu akan tetap memperolehi apa yang dikehendaki, ialah kerana kebijaksaan dan putar belit politiknya yang pandai. Beliau memang memberi masalah kepada satu pihak dan ada tindakan yang meloyakan. Namun dari sudut lain sikap dan tindak tanduknya itu memberi keuntungan kepada pihak lain atau MIC sendiri.

Menjelang pilihan raya akan datang ini Ketua Puteri Umno, Noraini Ahmad telah memberi mesej terbuka mengenai Samy Vellu. Nasihat Noraini agar Samy Vellu jangan bercakap mendahului Presiden membawa makna mengenai sikap dan karektor sebenar Samy Vellu. Bahawa Menteri Kerja Raya (JKR) itu tidak kira siapa beliau akan rempuh asalkan membawa keuntungan kepadanya.

Menganalisa maksud Noraini beliau mahukan Samy Vellu ditolak dalam pilihan raya ini. Mungkin Ketua Puteri itu berbulu melihat bagaimana Samy Vellu terus-terusan menguasai kementerian utama yang ditugaskan membangun negara iaitu Kemteri Kerja Raya. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive