Anwar Dedahkan Dollah Putar Belitkan Data Untuk Menyembunyikan Ekonomi Lemah
KeADILan
Petaling Jaya, 29 Januari - Rakyat Malaysia diperbodohkan lagi, demikianlah rumusan yang boleh dibuat hasil daripada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini diletakkan sebagai yang keenam terbaik di dunia.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan Perdana Menteri tersebut adalah satu fakta yang sengaja diputarbelitkan.
“Penelitian menyeluruh kepada data yang dikeluarkan mendapati bahawa fakta tersebut adalah betul tetapi hanya di kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke atas,” ujar Anwar.
Merujuk kepada Laporan Daya Saing Dunia 2007 seperti yang dipetik oleh Perdana Menteri, hakikatnya Malaysia hanya menduduki tempat ke 23 di dalam dunia. 15 daripada 22 negara yang menduduki tangga lebih tinggi di atas Malaysia pada tahun 2007 mempunyai populasi kurang daripada 20 juta penduduk, manakala 7 daripada 22 negara tersebut melebihi 20 juta penduduk.
Kedudukan kebolehsaingan Malaysia pada tahun 2006 adalah di tangga 22, dan pada tahun 1997 di tangga ke-17, tambah Anwar.
Anwar menjelaskan betapa keputusan Abdullah untuk mengeluarkan fakta yang bercelaru ini adalah usaha yang sangat lemah untuk menyembunyikan fakta bahawa asas-asas ekonomi Malaysia telah gagal bergerak di bawah pemerintahannya.
“Daya saing Malaysia semakin merosot dan dalam keadaan di mana ekonomi kita dulunya setaraf dengan Singapura dan Hong Kong, kita sekarang di kedudukan ke 23 di seluruh dunia, manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga.
“Jelasnya, kita memerlukan kepimpinan yang lebih berwibawa sekiranya Malaysia ingin memperkasakan ekonominya sebagai gagasan ekonomi bertaraf global,” tegas Anwar.
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
45 minutes ago
0 comments:
Post a Comment